Ahad, Mac 12

Elak cukai, tak isytihar pendapatan dan rasuah penguatkuasa hingga RM1.5 juta, Dua Tan Sri diserbu

Dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri diserbu akibat tidak mengisytihar pendapatan sebenar, cuba mengelak cukai dan merasuah penguatkuasa hingga RM1.5 juta.

Dua serbuan berasingan itu dibuat di dua negeri oleh Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan Jabatan Peguam Negara.

Pasukan itu mendapati “kerajaan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setahun” ekoran tindakan mereka tidak mengisytihar pendapatan sebenar.

Seorang daripada mereka menjalankan kegiatan judi nombor ekor haram di seluruh negara.

Lebih RM1 juta setiap bulan diperuntukkan untuk segelintir pegawai dan anggota agensi penguatkuasa bagi “memastikan kegiatan sindiket tidak terganggu”.

Rasuah itu juga agar kakitangan penguatkuasa “tidak mengambil tindakan ke atas pusat hiburan yang beroperasi lebih waktu”.

Seorang lagi ahli perniagaan diserbu kerana tidak mengisytihar pendapatan sebenar bagi mengelak syarikatnya membayar cukai lebih tinggi.

“Kedua-dua itu dalam siasatan dan akaun serta aset mencecah beratus-ratus juta ringgit telah dibekukan,” kata pasukan itu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan