Isnin, Mac 13

Penalti Seksyen 112(3)



Penalti seksyen 112(3) dikenakan terhadap kelewatan penghantaran borang cukai pendapatan dari tarikh yang sepatutnya dihantar. Kadar penalti adalah seperti berikut:

Tempoh Masa Kelewatan
Kadar Penalti (%) Atas Cukai Yang Dikenakan
Sehingga 12 bulan
20
Melebihi 12 bulan hingga 24 bulan
25
Melebihi 24 bulan hingga 36 bulan
30
Melebihi 36 bulan
35

Contoh:
Pada tahun 2011, Encik Maniam mempunyai pendapatan penggajian sebanyak RM60,000. Beliau mempunyai seorang anak di bawah umur 18 tahun. Insuran nyawa yang dibayar adalah sebanyak RM7,200 manakala insuran pendidikan dan perubatan adalah sebanyak RM3,600. Encik Maniam telah menghantar borang cukai pendapatan secara manual (bukan e-filing) pada 9 Julai 2012. Berikut adalah taksiran tahun 2011 bagi Encik Maniam:




RM
Gaji


60,000.00
Pendapatan Agregat     


60,000.00
Pelepasan:



Individu               


9,000.00
Anak di bawah 18 tahun


1,000.00
Insurans nyawa dan KWSP


6,000.00
Insurans pendidikan dan perubatan


3,000.00
Jumlah pelepasan


19,000.00
PENDAPATAN BERCUKAI


41,000.00
Cukai ke atas yang pertama
35,000

1,525.00
Cukai ke atas baki
6,000
12%
720.00
JUMLAH CUKAI PENDAPATAN


2,245.00
TAMBAH:



Penalti Sek. 112(3) [20%]


449.00
CUKAI KENA DIBAYAR


2,694.00





Jelas di sini penalti seksyen 112(3) yang dikenakan adalah RM449.00 dengan kadar penalti sebanyak 20% iaitu kelewatan sehingga 12 bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan