Rabu, Disember 5

Tip Percutian Untuk Muslim Ke Korea

Korea Selatan adalah destinasi popular yang pasti ada pada senarai setiap pengemar drama dan lagu Korea. Bagi pelancong Islam anda tak perlu lagi risau sekarang, Korea Selatan sudah pun menjadi negara yang lebih mesra-Muslim.

Untuk mempersiapkan anda untuk percutian ke Korea, kami ada 8 petua, dari makanan yang mesra-Muslim hingga tips hanya pelancong yang ke Korea sahaja yang dapat merasai pengalaman ini

1. Makanan mesra-Muslim

Satu perkara yang banyak pelancong nantikan di Korea ialah makanan tempatan. Pelancong Islam tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan makanan halal kerana sudah semakin banyak restoran makanan yang mesra Muslim

Seoul
EID Restaurant yang terletak di Itaewon ialah restoran wajib yang patut anda singgah jika berada di Korea! Ini adalah Restoran Korea pertama di Seoul yang menerima pensijilan dari Persekutuan Muslim Korea (KMF). Anda pasti akan merasai masakan Korea halal yang dimiliki oleh Muslim Korea. Jangan lupa untuk pesan Samgyetang mereka, ia adalah salah satu hidangan popular terutama pada musim panas.

Pulau Nami
Di Pulau Nami, Asian Family Restaurant Dongmoon adalah restoran bersertifikat Halal yang lain di Korea. Restoran ini menyajikan hidangan Asia yang luas dari Vietnam pho (sejenis Mi Sup) dan makanan halal Korea.

Busan
Jika anda ke Busan, Hello India Al-Waha ada menghidangkan gabungan masakan India dan Lebanon yang luar biasa.Kami mencadangkan menu Lubnan mereka yang dihidangkan dengan kebab daging dan ayam, daging barbeku, hummus dan salad segar.

Tetapi jika makanan Lebanon bukan untuk anda, Namaste adalah salah satu restoran masakan India yang paling popular di sekitar Pantai Haeundae yang patut anda datang. Pencinta daging perlu mencuba daging kambing vindaloo dan ayam tandoori mereka! Selain itu, mereka ada hidangkan yang dipanggil palek paneer (keju kotej dalam sos bayam berkrim) di mana jika anda makan ia pasti akan membuatkan anda mahukannya lagi.

Jeju
Di Jeju pula, anda boleh menikmati makanan Korea yang lebih tradisional, iaitu di restoran Mulmaegol – yang terkenal dengan yeoipbap (nasi daun lotus). Restoran ini menawarkan makanan vegetarian yang lazat seperti biskuit yang dibalut nasi, pancake, tauhu dan kimichi. Jika anda tidak pernah menjadi peminat makanan vegetarian, ini pasti akan mengubah fikiran anda.

2. Ruang solat

Anda mungkin berfikir jika melancong Korea anda perlu mencari ruang yang tersorok untuk menunaikan solat atau  solat hanya ketika berada di tempat penginapan anda. Tetapi anda tidak perlu berbuat demikian lagi! Di Korea sekarang terdapat banyak ruang solat yang disediakan di sekitar Korea untuk anda bersolat dengan selesa.

Berikut adalah beberapa ruang solat:

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
Alamat: 272 Gonghang-ro, Jung-gu, Incheon, Korea Selatan
Lokasi: Passenger boarding terminal – Gate 24 di tingkat 4 lapangan terbang
Waktu buka: 24 jam

K-Style Hub
Alamat: 40 Cheonggyecheon-ro, Da-dong, Jung-gu, Seoul, Korea Selatan
Lokasi: tingkat 2 KTO Seoul Center
Waktu buka: 9.00 pagi hingga 8.00 malam

Lotte World
Alamat: 240 Olympic-ro, Jamsil 3 (sam) -dong, Songpa-gu, Seoul, Korea Selatan
Lokasi: tingkat 3 Lotte World. Untuk menggunakan bilik solat perlu tekan butang panggilan.
Waktu buka: 9.30 pagi – 10 malam

Everland
Alamat: 199 Everland-ro, Pogog-eup, Cheoin-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do, Korea Selatan
Lokasi: Bilik solat terletak di bangunan yang sama seperti Mystery Mansion
Anda dinasihatkan membawa botol semburan kecil untuk mengambil wudu’

COEX
Alamat: 513 Yeongdong-daero, Samseong 1 (il) -dong, Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan
Lokasi: Tingkat 3 ( berdekatan Dewan E )
Waktu Pembukaan: 3.00 pagi – 10 malam

Masjid Al-Falah Masjid / Al-Falah
Alamat : 5 Yeongsin-ro 19-gil, Yeongdeungpo-gu, Seoul
Waktu Pembukaan : 9 pagi hingga 8 malam

Bilik-bilik solat juga boleh didapati di hospital-hospital besar seperti:

Pusat Perubatan Samsung
Alamat: 81 Irwon-ro, Irwon-dong, Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan
Lokasi: B1 Pusat Rawatan Proton
Waktu Pembukaan: 24 jam

Hospital Universiti Nasional Seoul
Alamat: 28 Yeongeon-dong, Jongno-gu, Seoul, Korea Selatan
Lokasi: Tingkat Pertama Bangunan Institut Penyelidikan Bioperubatan
Waktu Pembukaan: 24 jam

Pusat Perubatan Seoul Asan
Alamat: Korea Selatan, Seoul, Songpa-gu, Pungnap 2 (i) -dong, 올림픽 43 88
Lokasi: Ward 155
Waktu Pembukaan: 24 jam

3. Komuniti mesra-Muslim

Seoul Central Mosque (Mosque) adalah masjid Islam pertama di Korea! Di sinilah komuniti Muslim – yang bukan hanya pelancong, tetapi penduduk setempat juga.

Selain dari masjid ini, Korea mempunyai beberapa masjid lain; Masjid Busan, Masjid Gwangju, Masjid Jeolla-do, Masjid Ansan, Masjid Anyang, Masjid Bupyeong dan Masjid Gyeonggi / Paju.

4. Mengembara

Di Korea mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang bagus dan ia bukan hanya disekitar Seoul, malah ia meluas di seluruh Korea. Jadi anda boleh jimatkan wang anda dari membayar untuk tambang teksi.

Seoul
Jika anda mempunyai bag bagasi, AREX adalah pilihan terbaik anda untuk ke stesen Seoul kerana ia menyediakan ruang penyimpanan untuk meletakkan bagasi anda! Tempat duduk juga lebih selesa, sesuai untuk mereka yang baru saja mendarat dari penerbangan panjang. Bukan itu saja, ia hanya mengambil masa 43 minit untuk sampai ke stesen Seoul! Untuk berjalan dan mengembara di Kota Seoul anda boleh mengunakan kereta api bawah tanah, yang cepat dan bersih!

Busan
Busan Metro adalah pengangkutan awam yang boleh digunakan ketika anda di Busan. Alternatif lain ialah Busan City Bust Tour (BUTI Bus). BUTI bas ialah bas dua tingkat yang mempunyai bumbung terbuka membolehkan anda menikmati pemandangan kota Busan sambil menikmati angin sejuk. Kami sangat mengesyorkan anda untuk menaiki bas ini kerana anda dapat melihat bandar, termasuk pelabuhan yang sibuk dan juga infrastruktur jambatan dan lebuh raya Busan!

Jeju
Jeju adalah tempat yang besar dimana ia 3 kali saiz Seoul, dan ia boleh dilawati dengan menggunakan pengangkutan awam dari Seoul. Walau bagaimanapun, Jika anda ke sini kekerapan bas yang dijadualkan akan mengambil masa dari 15 minit hingga 1 jam jadi kami mengesyorkan anda untuk menyewa kereta bagi menjimatkan masa anda. Untuk memandu di Korea, anda dikehendaki mempunyai “International Driving Permit”. Alternatif lain adalah, anda boleh menyewa teksi atau pemandu pelancong.

5. Mengembara dari bandar ke bandar

Ia tidak sukar untuk melancong dari bandar ke bandar di Korea, terutamanya apabila terdapat banyak jenis pengangkutan yang boleh anda pilih!

Seoul ke Busan
Hanya 3 jam perjalanan dari Seoul ke Busan dengan mengunakan KTX (kereta laju berkelajuan tinggi) yang sangat mudah dan selesa.

Seoul ke Jeju
Terdapat cara yang romantik untuk melancong dari Seoul ke Jeju – iaitu dengan mengunakan kapal. Sangat sesuai ika anda mempunyai masa yang banyak kerana perjalanan feri boleh mengambil masa sehingga setengah hari, bergantung pada tempat pelabuhan.

Tetapi jika jadual anda padat, penerbangan 45-minit dari Lapangan Terbang Gimpo adalah alternatif yang sesuai untuk anda bagi menghabiskan lebih banyak masa di Pulau Jeju!

Sekiranya anda menjelajah lebih daripada 2 kota ini, kami mencadangkan 2 laluan KTX:

Seoul – Daegue – Gyeongju – Busan
Seoul – Jeonju – Stesen Ekspo Yeosu

6. Musim – musim di Korea

Musim panas
Terdapat banyak festival tempatan pada musim panas – sesuai untuk anda yang ingin merasai budaya dan suasana setempat. Tetapi perlu diingat bahawa perbelanjaan perjalanan anda pada musim ini mungkin lebih tinggi disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang diadakan di negara ini.

Musim luruh
Jika anda sedang mencari musim yang lebih berpatutan untuk dilawati, musim luruh adalah sesuai untuk anda kerana harga hotel dan tambang penerbangan lebih rendah pada musim ini! Anda dapat melihat perubahan warna pokok dan daun yang sangat cantik.

Musim sejuk
Bagi penduduk yang tidak mempunyai 4 musim, Musim Sejuk adalah waktu yang sesuai untuk anda pergi dan merasainya. Anda dapat menyaksikan monumen Korea dalam bentuk yang  menakjubkan jika melancong ke Korea pada musim ini.

Musim Bunga
Cherry blossoms adalah tarikan utama jika anda melancong ke Korea pada musim ini. Musim ini juga adalah musim yang paling terkenal dan anda perlu membuat tempahan awal untuk ke sini.

7. Membeli-belah

Myeongdong
Tempat terbaik untuk berbelanja di Korea ialah Myeongdong (Seoul). Tempat dimana anda boleh juga membeli-belah produk penjagaan kulit Korea yang tidak akan habis! Jangan lupa untuk membawa pasport apabila anda berbelanja kerana anda akan dapat menikmati Pengembalian Cukai Segera di kedai-kedai tertentu di Myeongdong!

Dongdaemun
Jika anda seorang peminat membeli-belah lewat malam, pergi ke Dongdaemun! Kedai-kedai di pasar Dongdaemun dibuka pada waktu malam hingga 3:15am. Tips penting jika anda pergi ke Dongdaemun terdapat beberapa kedai yang jual secara borong, anda mungkin perlu membeli jumlah minimum produk mereka.

8. Tempat-tempat menarik

Seoul
N Seoul Tower
Apabila di Seoul, anda mesti melawat menara ikonik ini! Dengan ketinggian 480 meter di atas paras laut, membolehkan anda melihat pemandangan kota Seoul yang luas dengan cahaya malam dan observatory digital.

Istana Gyeongbukgung
Tempat ini boleh dilawati secara percuma. Selain dari kawasan persekitaran Istana yang cantik anda juga boleh melihat bagaimana pengawal istana membuat formasi pertukaran.

Kampung Bukokon Hanok
Apabila di Korea, anda perlu mencuba memakai hanbok. Ia adalah satu pengalaman yang unik di Korea dan salah satu tempat terbaik untuk merasai pengalaman ini adalah di Bukchon Hanok Village – satu-satunya kawasan kediaman tradisional yang memegang budaya tradisional Seoul!

Busan
Di Busan, tempat yang sesuai untuk menghabiskan masa di Haeundae Beach. Pemandangan indah di sini adalah tempat yang sempurna untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan diri anda dan orang tersayang.

Jeju
Jika pemandangan bandar tidak begitu menarik, anda boleh menuju ke Puncak Seongsan Illchulbong! Anda dapat menonton matahari terbit dan terbenam yang cantik di Puncak Seongsan Illchulbong ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan