Kita semua tak mahu bayar bil elektrik mahal-mahal. Bagaimana cara nak jimatkan elektrik? Berikut adalah panduan untuk jimatkan elektrik:
Cara 1 - Guna peralatan elektrik dengan penggunaan tenaga yang cekap
Jika anda biasa pergi ke kedai yang menjual peralatan elektrik, pasti akan terlihat label cekap tenaga (energy efficiency label) yang ditampal pada sesetengah peralatan elektrik yang dipamerkan.
Label
cekap tenaga tersebut adalah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, dan
merupakan label yang menunjukkan tahap kecekapan penggunaan tenaga
elektrik bagi peralatan tersebut.
Label ini wajib ditampal pada televisyen, kipas rumah, peti sejuk dan pendingin hawa.
Tahap kecekapan tenaga peralatan tersebut diberikan star-rating tertentu; semakin banyak bintang, semakin cekap penggunaan tenaga dan semakin jimat penggunaan tenaga elektrik.
Jadi, apabila nak beli peralatan elektrik, utamakan model yang mempunyai star-rating yang tinggi, iaitu 4 atau 5, supaya anda akan mendapat penjimatan elektrik kelak.
Cara 2 - Gunakan peralatan elektrik dengan spesifikasi yang sesuai
Secara
umumnya, semakin tinggi spesifikasi sesuatu peralatan elektrik (bagi
jenis yang sama), semakin tinggi kadar penggunaan tenaganya.
Sebagai
contoh, televisyen bersaiz 48 inci sudah semestinya menggunakan tenaga
elektrik yang lebih berbanding televisyen 32 inci.
Begitu
juga dengan pendingin hawa, yang berkapasiti 2.0 hp mesti akan
menggunakan lebih tenaga elektrik berbanding yang berkapasiti 1.0 hp.
Untuk
pastikan tidak berlaku pembaziran elektrik secara berlebihan, pastikan
peralatan elektrik yang digunakan adalah sesuai dari segi spesifikasi
saiz, kapasiti, kuasa dan penggunaan tenaganya.
Misalnya, gunakan pendingin hawa dengan kuasa yang optimum dengan saiz ruang.
Atau
pun, gunakan peti sejuk yang sesuai bergantung kepada berapa banyak
bahan mentah yang disimpan (biasanya bergantung kepada bilangan anggota
isi rumah)
Kena fikirkan sendiri spesifikasi peralatan elektrik yang sesuai di kediaman anda.
Ingat,
peralatan dengan spesifikasi terlalu tinggi akan menyebabkan pembaziran
elektrik, manakala spesifikasi terlalu rendah akan menyebabkan beban
dan penggunaan elektrik yang tinggi.
Maka, carilah yang paling optimum dan sesuai dengan keperluan dan kediaman anda.
Cara 3 - Gunakan peralatan elektrik dengan betul
Untuk
memastikan kurangnya pembaziran tenaga elektrik, peralatan elektrik
perlulah digunakan dengan cara yang betul sepertimana spesifikasinya.
Sebagai
contoh, mesin basuh yang mempunyai kapasiti 10kg, maka pastikanlah
berat pakaian yang hendak dibasuh tidak melebihi berat tersebut.
Pendingin hawa, jika ditetapkan pada suhu terlalu rendah, akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
Walhal, jika tetapkan pada suhu 25-27 °C pun sudah memadai.
Peti sejuk, jika terlalu kerap dibuka dan ditutup, juga akan menyebabkan pembaziran tenaga.
Begitu
juga jika peti sejuk tersebut disumbat dengan terlalu banyak barang
sehingga hampir penuh, turut akan menyebabkan peningkatan penggunaaan
tenaga.
Kuncinya, cara jimat elektrik yang efektif adalah dengan menggunakan peralatan elektrik dengan betul.
Cara 4 - Hadkan penggunaan peralatan elektrik
Antara cara jimat elektrik yang mudah adalah menghadkan penggunaan peralatan elektrik.
Di sini, perlunya anda membuat kawalan dan menetapkan peraturan berkenaan tempoh penggunaan peralatan elektrik di kediaman anda.
Hadkan masa tontonan televisyen, lebih baik untuk buat aktiviti yang lebih bermanfaat seperti membaca buku dan beriadah.
Hadkan juga masa penggunaan pendingin hawa, cukup untuk sekadar hilangkan rasa panas sahaja.
Simpan air panas dalam termos, supaya air tidak perlu dipanaskan berulang-ulang kali menggunakan cerek elektrik.
Gunakan cahaya matahari semulajadi untuk menerangi rumah pada waktu siang berbanding menggunakan cahaya lampu.
Semua ini adalah contoh cara-cara untuk menghadkan penggunaan elektrik.
Cara 5 - Tutup suis dan cabut soket
Tutup suis televisyen apabila tidak ditonton lagi.
Tutup suis komputer apabila siap kerja.
Tutup suis lampu apabila keluar dari bilik atau tandas.
Tutup suis periuk nasi apabila selesai masak nasi.
Pendek cerita, untuk elakkan pembaziran tenaga elektrik, tutup suis apabila peralatan elektrik tidak digunakan.
Kalau letak pada standby atau sleep mode, tenaga elektrik masih digunakan, jadi lebih baik tutup sahaja.
Lepas
tutup suis, cabut soket daripada plug sebab ada yang mendakwa kalau
soket masih terpasang, tenaga elektrik masih mengalir dan tetap
dibazirkan.
Itulah sahaja beberapa cara jimat elektrik secara umum.
Apabila dah dapat jimatkan penggunaan elektrik, jumlah bil elektrik bulanan juga akan berkurang. Maka, akan berkuranglah perbelanjaan bulanan.
Terbaik!
BalasPadam