Sebuah lampu mungkin menggunakan sedikit sahaja tenaga elektrik.
Tetapi
oleh kerana bilangannya yang banyak dalam sebuah kediaman, maka apabila
dijumlahkan, jumlah penggunaan tenaga elektrik boleh menjadi tinggi.
Mengikut kajian, sebanyak 20% penggunaan tenaga elektrik dalam sesebuah kediaman adalah disumbangkan oleh penggunaan lampu.
Maksudnya,
jika purata bil elektrik bulanan adalah RM100, 20% daripada jumlah
tersebut bersamaan RM20 adalah untuk membayar penggunaan lampu dalam
kediaman anda.
Maka, beberapa saranan atau cara jimatkan elektrik dalam penggunaan lampu adalah seperti berikut:
- Tutup lampu di ruang yang tidak digunakan. Ada orang kata, kalau sering buka-tutup lampu, nanti lampu akan cepat rosak pula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini, tetapkan peraturan 1 jam; jika anda yakin ruang tersebut tidak akan digunakan dalam masa 1 jam, maka tutup sahaja lampu. Jika kurang daripada 1 jam, biarkan sahaja lampu terpasang.
- Gunakan cahaya semula jadi. Pada waktu siang, kalau boleh banyakkan guna cahaya matahari berbanding cahaya lampu. Buka tingkap dan selak langsir supaya cahaya matahari dapat menerangi kediaman anda tanpa bantuan lampu.
- Kurangkan bilangan lampu dalam kediaman anda.
Kadang-kadang, kita tak perasan, sesetengah ruang atau bilik hanya
perlukan sebuah lampu sahaja untuk capai tahap kecerahan optimum.
Bagaimana sebuah lampu dapat memberikan pencahayaan yang optimum? Banyak
faktor yang mempengaruhi, seperti jenis lampu, sudut pemasangan lampu,
kedudukan/posisi lampu (dekat-jauh, tinggi-rendah) dan warna/cat ruang
tersebut (lantai, dinding dan siling). Benda ini teknikal, kena belajar
kejuruteraan elektrik pula untuk fahami semua faktor ini nanti. Buat
sedikit adjustment pada faktor-faktor ini, dan anda boleh kurangkan penggunaan lampu dalam kediaman anda.
- Gunakan mentol lampu cekap tenaga; jenis light emitting diodes (LED) adalah disarankan kerana lebih tahan lama, jimat tenaga dan mesra alam. Mentol lampu jenis LED juga boleh dibuka-tutup dengan kerap tanpa memberi kesan ke atas jangka hayatnya (maka tak perlu risau untuk sentiasa tutup lampu apabila ruang/bilik tidak digunakan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan