Khamis, Mei 4

“Lara Alana Sudah Mula Bayar Cukai Pendapatan Tahun Ini”

Siapa kata orang dewasa sahaja perlu membayar cukai, Lara Alana yang baru berusia tiga tahun juga sudah perlu membayar cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Menurut Scha al-Yahya, ianya disebabkan anak perempuannya itu sudah mampu menjana pendapatan sendiri.

“Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami. Malah, Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini,” Jelasnya.

Sementara itu Scha dan Awal Ashaari telah melantik seorang ejen untuk menguruskan pendapatan Lara, susulan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN. Dan mulai tahun ini Lara sudah wajib menfailkan cukai pendapatan pertamanya di LHDN.

Bukan sahaja selebriti yang perlu membayar cukai tahunan, malah anak selebriti yang ada kalanya lebih popular berbanding ibu bapa juga tidak boleh elak daripada membayar cukai. Maklumlah sekarang juga sudah ramai anak selebriti yang mendapat tawaran berlakon mahupun iklan.

1 ulasan:

  1. Adakah anda berminat untuk menyertai illuminati besar, di sini adalah kehidupan yang
    mengubah peluang ke dalam dunia yang
    kaya, anda akan diberi $ 10,000 setiap dua minggu sebagai keahlian
    berkat, hubungan yang kuat dan terkenal Illuminati e-mel rasmi pada
    illuminati.priest@mail-on.us
    Inbox tuan besar
    Whatsapp +13176681073,,,,,,,,,,,,,

    BalasPadam