Jumaat, Julai 22

Pelarian Cukai, Laporkan kepada LHDN

 

LHDN komited dalam menyasarkan pelarian cukai, dan anda boleh membantu LHDN untuk memastikan semua orang membayar bahagian mereka dengan adil.


a)      Cara membuat laporan:

 1) E-mel : pelariancukai@hasil.gov.my (Laporan Pengelakan Cukai).

 2) Walk in: Unit Perisikan dan Pemprofilan (UPDP) di LHDN Pejabat Pengarah Negeri terdekat ATAU pejabat Cawangan Siasatan terdekat.

 3) Tulis kepada:

 Jabatan Perisikan dan Pemprofilan

 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 Tingkat 3, Menara 2,

 No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9,

 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


b)      Maklumat yang diperlukan:

 1) Nama, nombor kad pengenalan dan alamat penuh,

 2) Maklumat pelarian cukai pendapatan

 3) Dokumen sokongan (jika ada), dan

 4) Maklumat lain yang berkaitan


JAMINAN KERAHSIAAN

Sebarang sumber maklumat yang membawa kepada semakan kes akan dirahsiakan mengikut peruntukan kerahsiaan di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967. Jabatan Perisikan dan Pemprofilan mempunyai kewajipan untuk merahsiakan hal ehwal cukai pembayar cukai di bawah peruntukan kerahsiaan yang sama. Oleh itu, perkembangan semakan kes atau keputusannya tidak akan dimaklumkan lebih kepada pengadu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan