Rabu, April 12

Kenapa saya dapat e-mel daripada LHDN?

Ledakan e-mel ialah salah satu cara/kaedah menyampaikan maklumat cukai dengan pantas kepada pembayar cukai mengikut kategori.

E-mel daripada: noreply_contactcentre@hasil.gov.my mungkin mengandungi maklumat mengenai aktiviti kutipan cukai seperti:

i) Notis Arahan Potongan Gaji Tambahan (CP38),

ii) Notis Bayaran Ansuran Cukai untuk Individu Selain daripada pekerjaan (CP500),

iii) Notis Bayaran Ansuran Cukai Syarikat (CP204), dan

iv) Pemberitahuan Baki Cukai Tertunggak.

Kedudukan cukai terkini boleh dimuat turun melalui e-Lejar dalam MyTax di https://mytax.hasil.gov.my.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan