Jumaat, Oktober 17

Pemindahan harta hendaklah dilaporkan kepada LHDN dalam tempoh 60 hari

Kedua-dua pihak yang terlibat dalam sebarang transaksi pemindahan pemilikan hartanah di Malaysia dikehendaki melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) dalam tempoh 60 hari dari tarikh transaksi untuk tujuan Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT).

Urus niaga seperti jual beli, pemindahan hak, pemindahan pemilikan dan penyerahan hak harta hendaklah dilaporkan melalui portal MyTax.

Adalah menjadi tanggungjawab pelupus (penjual) dan pemeroleh (pembeli) untuk melaporkan pelupusan dan pemerolehan aset kepada HASiL. Ada yang melaporkan, tetapi lewat. Jika lewat dilaporkan, penalti lewat akan dikenakan di bawah Seksyen 29(3) Akta CKHT.

Tindakan pendakwaan juga boleh diambil terhadap mereka yang gagal mengemukakan Borang Nyata CKHT, dengan denda sehingga RM5,000 dan penjara tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan