Memaparkan catatan dengan label online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label online. Papar semua catatan

Ahad, Disember 6

Bagaimana Jualan Nike Naik Walaupun Menghadapi Covid-19?


Nike yang terkenal sebagai sebuah syarikat terbesar dalam menghasilkan barangan sukan nampak seperti tidak terjejas teruk akibat krisis Covid-19. Lebih mengejutkan, pada suku ketiga kewangan pada tahun 2020, jualan syarikat tersebut telah meningkat.

Apa Yang Nike Buat?

Rahsia Nike adalah jualan online yang kukuh. Nike mula menjual produk mereka secara online sejak tiga tahun lepas di dalam platform e-commerce terbesar dunia iaitu Amazon.

Pada ketika itu, syarikat ini sedar bahawa perniagaan online bakal menjadi satu fenomena pada masa hadapan. Ternyata langkah yang diambil oleh Nike itu menjadi langkah terbaik kepada syarikat tersebut pada tahun 2020. Jualan yang diperolehi oleh Nike bergantung sepenuhnya kepada jualan secara online.

Disebabkan banyak gedung mereka terpaksa ditutup akibat pandemik, jualan secara online telah menjadi penyelamat. Antara langkah awal yang diambil oleh Nike sebelum pandemik ini adalah dengan menamatkan kerjasama dengan Amazon pada akhir tahun 2019.

Nike menamatkan kerjasama dengan Amazon disebabkan mereka membangunkan platform online mereka sendiri yang mana lebih memberi keuntungan kepada syarikat pada tempoh jangka masa yang panjang. Seperti yang sedia maklum, maklumat para pelanggan yang menggunakan platform Amazon hanya dipegang oleh pihak Amazon dan maklumat tersebut tidak dikongsi kepada pihak penjual.

Nike melihat ini sebagai satu kerugian untuk tempoh jangka masa yang panjang sekiranya mereka tidak mendapat maklumat yang tepat tentang behavior pelanggan mereka dalam membeli belah melalui platform online.

Selain itu juga, Nike ingin menjaga reputasi jenama mereka sendiri. Di dalam platform Amazon, terdapat juga peniaga yang menjual barangan Nike yang tiruan dan perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi jenama Nike dan membuat pelanggan mereka keliru.

Nike telah menambahbaik platform online mereka sendiri yang diberi nama NikePlus. Ia merupakan program yang mempunyai 10 juta ahli yang boleh berinteraksi dengan syarikat tersebut.

Selain itu juga, Nike turut memperkenalkan Nike Live yang merupakan gedung khusus untuk ahli yang berdaftar yang ingin membeli produk dari Nike.

Nike yang membangunkan platform ini bagi mengumpul sebanyak mungkin data pelanggan mereka bagi memudahkan mereka membuat kajian tentang barangan yang digemari oleh pelanggan mereka. Selain daripada itu, Nike turut memperkemaskan aplikasi Nike Training Club yang mana berkongsi maklumat dan mendapat tips yang betul ketika melakukan aktiviti bersukan.

Hasil yang diperolehi oleh Nike ternyata berbaloi apabila syarikat itu berjaya meningkatkan harga saham mereka sebanyak 10% pada bulan Oktober 2020 hasil daripada pendapatan yang luarbiasa.

Mereka telah berjaya memecah rekod penganalisa yang menjangkakan jualan Nike untuk tahun 2020 hanyalah sekitar USD9.15 bilion, tetapi Nike telah membuktikan dengan jualan sebanyak USD10.6 bilion pada suku tahun ketiga.

Nike kini bernilai USD204 bilion dan membuktikan bahawa jualan online mereka bakal menjadi pendapatan utama syarikat itu pada masa akan datang.

Ahad, Ogos 16

Tanda Amaran Penipuan Dalam Talian

Banyak penipuan dalam talian wujud hari ini. “Pinjaman dengan bayaran pendahuluan” adalah di mana peminjam membuat pembayaran pendahuluan pada waktu kelulusan. Inilah kaedah yang digunakan oleh kebanyakan penipu pinjaman, tetapi pertimbangkan ini – ia benar-benar tidak masuk akal.

Satu lagi taktik biasa yang digunakan oleh penipu adalah memancing data (phishing). Dalam kes seperti ini, penipu akan meminta maklumat peribadi seperti butiran perbankan dan kad kredit serta kata laluan.

Terdapat beberapa cara ini boleh dilakukan. Seorang penipu mungkin menyamar sebagai kakitangan institusi kewangan yang terkenal atau syarikat pinjaman dengan laman web yang kelihatan sah, atau cara yang biasa ialah melalui emel.

Walaupun ia sukar untuk mengetahui penipuan terkini, kecuali jika mangsa muncul di berita, terdapat beberapa tanda amaran yang boleh diberi perhatian oleh peminjam.

4 Tanda Amaran Penipuan Pinjaman

  1. Pemberi pinjaman yang tidak mengambil kira sejarah kredit anda

Terdapat banyak pinjaman dan kad kredit yang sesuai dengan pelbagai tujuan seperti memulakan perniagaan atau menyatukan hutang. Pemberi pinjaman yang tidak mengambil berat dengan sejarah kredit adalah membimbangkan. Iklan yang mengatakan “Tidak susah – wang cepat dijamin” atau “Kami tidak peduli tentang kredit anda. Pinjaman ini untuk anda” adalah terlalu baik untuk menjadi kenyataan dan anda perlu berwaspada terhadapnya.

Syarikat yang sah hanya akan meluluskan pinjaman selepas mereka menilai sejarah kredit peminjam dan mengesahkan kesahihan maklumat dalam borang permohonan.

  1. Bayaran pendahuluan

Anda perlu berhati-hati apabila pemberi pinjaman menuntut fi permohonan terlebih dahulu. Dalam kebanyakan kes, pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta peminjam membayar apa-apa sebelum peminjam menerima pinjaman.

Sesetengah penipu akan menamakan ini sebagai “fi pemprosesan” atau memberitahu peminjam bahawa bayaran pendahuluan sedemikian diperlukan akibat kesihatan kredit buruk peminjam. Bayaran ini, jika diperlukan, biasanya akan ditolak daripada jumlah pinjaman sebelum pembayaran.

  1. Digesa untuk bertindak segera

Penipu akan menekan anda untuk memberi maklumat peribadi atau menghantar wang sebelum apa-apa kertas kerja dilakukan. Mereka akan berkata ia adalah tawaran satu kali sahaja atau mendesak anda bertindak dengan serta-merta supaya tidak terlepas ansuran tanpa faedah. Anda dipaksa meminta kertas kerja dan meneliti perjanjian sebelum memohon apa-apa, terutamanya jika ia melibatkan wang.

  1. Meminta maklumat peribadi

Jangan sekali-kali memberi maklumat kad kredit atau akaun bank anda melalui telefon atau internet melainkan anda mengetahui sebab maklumat tersebut diminta dan bank yang ingin mengetahuinya.

Dalam era ini, ramai penipu muncul untuk menyasar pengguna yang tidak mempunyai apa-apa syak wasangka. Satu cara yang biasa digunakan ialah penipuan pinjaman secara dalam talian. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kaedah serangan mereka telah menjadi lebih canggih. Oleh itu, adalah bijak dan praktikal untuk mengetahui pelbagai perkhidmatan yang didapati untuk menghalang diri anda dari ditipu.

Kesimpulan

Apabila memohon pinjaman daripada sumber yang sah, tidak ada cara pintas untuk diambil. Peminjam dan pemberi pinjaman perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum transaksi pinjaman dapat diluluskan dan dilaksanakan. Jika anda ingin mengambil pinjaman, tanya diri anda mengapa anda memerlukannya terlebih dahulu. Jika anda seorang peminjam yang belum dilayan, anda mungkin ingin mendapatkan bantuan daripada penasihat kewangan untuk menilai kesihatan kredit anda dan mungkin menggunakan cara lain yang sah bagi memastikan anda tidak lagi berada dalam keadaan berhutang.

Ingat, anda tidak boleh memanipulasi sistem. Meminjam dari bank bayangan atau sumber yang meragukan akan membahayakan anda. Sekiranya sesuatu kelihatan terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ia biasanya suatu penipuan. Mempercayainya akan meletakkan anda dalam keadaan kewangan yang lebih teruk daripada keadaan anda sebelum ini.

Rabu, April 29

Cara Daftar Fail Cukai Pendapatan Atas Talian


Dalam keadaan terdesak, kita mahu mendaftar fail cukai pendapatan secara online. Anda boleh mempelajarinya dari laman sesawang LHDN di sini: http://edaftar.hasil.gov.my/. Tetapi jika menggunakan secara atas talian, kaedahnya sangat rumit dan banyak membuang masa.
Oleh itu saya mencadangkan anda mendaftarkan fail cukai pendapatan secara manual iaitu hadir ke pejabat LHDN. Ianya lebih cepat dan mudah.

Jumaat, Februari 1

Tarikh Mula Hantar e-filing

E-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayaran cukai  dengan melengkap, mengira, dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Tarikh mula hantar e-filing adalah pada 1 Mac. Berikut adalah aksesnya: 

E-filing