Sebenarnya anda tidak perlu menjadi CEO atau pegawai atasan untuk menjadi kaya. Anda perlu mendisiplin diri anda untuk menguruskan duit gaji anda. Berikut adalah tabiat-tabiat yang perlu anda lakukan.
Hukum 70%
Jika anda masih belum membuat patongan cukai berjadual (PCB),
sila berjumpa dengan majikan anda. Beritahu beliau yang anda harus membuat
potongan tersebut agar anda tidak terkejut beruk mendapat penyata bayaran cukai
dari LHDN! Ini bermakna anda harus membelanjakan hanya 70% dari gaji yang anda
dapat setiap bulan.
Satu lagi, kalau anda dapat tunggakan gaji tak kisahlah
tahun semasa atau tahun lepas, anda memang wajid membelanjakan duit tersebut
hanya 70%. Lagi 30% untuk bayar cukai pendapatan nanti.
Kebajikan
Jika wang berlebihaneloklah disalurkan kepada kebajikan.
Keluarkan sedekah untuk masjid, rumah anak yatim atau badan kebajikan yang
memerlukannya. Jumlah sedekah tersebut sepatutnya tidak termasuk zakat
pendapatan yang wajib dikeluarkan, kerana ia sudah kewajipan. Zakat pembersih
harta, sedekah penawar jiwa.
Amalan bersedekah lebih baik dimulakan dari awal, dengan
jumlah yang kecil. Adalah lebih mudah untuk mengeluarkan 10 sen daripada satu
ringgit yang kita dapat, berbanding mengeluarkan RM100,000 daripada RM1 juta.
Mungkin anda akan berkata, “Oh, jika saya ada RM1 juta, saya pasti akan
keluarkan RM100,000.” Maaf, saya tidak begitu pasti jika anda boleh lakukannya.
RM100,000 adalah satu jumlah yang banyak. Mulakan lebih awal supaya anda boleh
memupuk tabiat sebegini sebelum duit yang lebih besar datang kepada anda.
Pelaburan
Anda akan mula membina kekayaan dengan 10% kedua pendapatan
selepas cukai yang anda terima. Inilah duit yang akan anda gunakan untuk
membeli, membaiki, merekacipta atau menjual. Yang penting adalah untuk
melibatkan diri anda dengan perniagaan (bisnes), walaupun “part-time”.
Pada saya, pelaburan yang terbaik adalah memberi pendidikan ilmu
yang berguna kepada anak-anak contohnya hantar mereka kursus bahasa Inggeris,
kursus memanah atau belajar silat. Pelaburan ini akan memerikan kekuatan rohani
kepada keluarga anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan