Kalau membuat carian di internet, pastinya anda akan terjumpa pelbagai jenis teknik untuk mengira kadar faedah pinjaman rumah.
Sebenarnya, kita boleh kira menggunakan applikasi Karl’s Mortgage Calculator sahaja. Ianya merupakan sebuah aplikasi kira-kira online beserta graf.
Boleh muat turun aplikasi ini sekarang di Google Play mahupun App Store untuk mengetahui teknik kira loan interest bank untuk rumah anda.
Untuk website, anda boleh klik di https://www.drcalculator.com/mortgage/.
Jom kita tengok 8 langkah menggunakan aplikasi untuk kira faedah pinjaman rumah anda.
1. Muat Turun Aplikasi Karl’s Mortgage Calculator
Langkah pertama yang anda wajib lakukan adalah dengan memuat turun aplikasi ini pada smartphone anda.
Untuk keselesaan, sila tukarkan matawang di bahagian “Settings” di bahagian atas kanan. Pastikan matawang yang digunapakai adalah Ringgit Malaysia.
2. Masukkan Data
Selepas itu, sila buka tab ‘Input’ dan masukkan data-data penting seperti jumlah pinjaman, bayaran bulanan, kadar faedah dan tempoh perjanjian pinjaman.
3. Jumlah
Jumlah yang tertera di bawah merupakan jumlah ansuran bulanan yang kita perlu bayar kepada pihak bank.
Akan tetapi, bagaimana untuk melihat jumlah faedah bank dan bayaran pokok dari amaun RMXXX tersebut?
4. Annual Payment
Untuk melihat jumlah faedah bank dan bayaran pokok, kita perlu buka tab “Table” dan pilih sub-tab “Annual” atau “Period”.
Annual bermaksud jumlah tahunan dan Period bermaksud jumlah bulanan.
5. Jumlah Faedah Bulanan / Tahunan
Klik sub-tab “Annual” untuk melihat jumlah faedah pinjaman yang akan dibayar pada tahun itu. Kita hanya perlu bahagikan kepada 12 sahaja untuk mendapatkan purata bayaran sebulan.
6. Prinsipal Bulanan dan Bayaran Faedah
Sila klik sub-tab “Period” untuk lihat jumlah faedah dan jumlah prinsipal bulanan. Kita boleh lihat senarai penuh bayaran dengan menekan butang “View Full Schedule” di bawah.
7. Baki Pinjaman
Untuk melihat baki pinjaman pada tahun-tahun tertentu, sila klik “Balance”.
8. Ringkasan Pinjaman
Jika ingin melihat jumlah ringkasan pinjaman, sila klik ke tab “Sum”. Di sini anda secara jelas boleh melihat jumlah faedah pinjaman dan prinsipal yang telah dibayar mengikut tempoh pinjaman.
Kita mungkin terkejut dengan amaun yang perlu dibayar untuk kadar faedah kepada bank setiap bulan. Ini adalah lumrah dalam pelaburan harta tanah.
Buat pengetahuan anda, jumlah bayaran kadar faedah adalah paling tinggi pada tahun pertama dan akan mula berkurang pada tahun-tahun berikutnya dan jumlah prinsipal pula semakin lama semakin meningkat tahun demi tahun.
Jika anda menyewakan harta tanah, pastikan kadar sewa yang ditetapkan mampu melindungi kadar faedah dan belanja bulanan lain seperti kos penyelenggaraan, sinking fund dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan