Rumah, tanah, wang simpanan yang banyak dan aset-aset lain adalah harta yang perlu kita uruskan supaya ia tidak berkubur apabila kita meninggal dunia nanti. Menurut statistik, sebanyak RM60 bilion harta yang dibekukan oleh pihak berkuasa.
Jom lihat 6 cara uruskan harta supaya ianya tidak beku.
1. Ambil Tahu Hal Faraid
Cara urus harta adalah mengetahui siapa akan mendapat faraid anda jika anda tidak melakukan sebarang hibah.
Banyak kes berlaku di mana waris tidak tahu dia tidak layak jadi waris faraid tetapi menganggap harta si mati adalah miliknya.
2. Lantikan Wasi
Pelantikan wasi yang boleh anda lantik dibahagikan kepada syarikat amanah dan individu. Untuk pengetahuan anda, wasi adalah pentadbir yang akan membuat tuntutan pusaka bagi pihak anda.
Sekiranya harta tidak lebih daripada RM2 juta, kita boleh gunakan wasi individu. Sekiranya lebih daripada RM2 juta, gunakan wasi syarikat seperti As-Salihin Trustee, Amanah Raya Berhad atau lain-lain lagi.
Pelantikan wasi penting kerana mereka adalah golongan pakar yang akan membantu menguruskan harta anda. Berbanding dengan tindakan anda sendiri, mereka lebih cepat dan senang.
3. Wasiat Sedekah
Dengan adanya wasiat sedekah, ia bakal menjadi saham akhirat anda kelak. Semua orang Islam amat disarankan berwasiat sedekah atau wakaf.
Sekurang-kurangnya dapatlah pahala berterusan sehingga hari kebangkitan nanti. Buatlah wasiat ⅓ dari harta anda!
4. Pastikan Ada Hitam Putih
Wajib anda dokumenkan wasiat anda dengan mana-mana syarikat pengurusan pusaka. Wasiat dengan mulut akan menjadi masalah kelak kerana tiada bukti.
Carilah mereka yang berpengalaman untuk membuat dokumen tersebut. Ianya tak semestinya mahal.
5. Dana Pantas Untuk Waris
Tahukah anda, aset akaun bank dan lain-lain akan terus beku setelah kematian. Namun, KWSP, penama Tabung Haji dan penama Polisi Takaful tidak akan beku serta-merta.
Sebaliknya, ia akan dimasukkan ke dalam akaun penama.
6. Dokumen Hibah
Dokumen hibah boleh dibuat sekiranya anda ingin menentukan sendiri sebanyak mana harta yang ingin anda serahkan kepada orang tersayang, ibu bapa dan keluarga. Ia tidak akan melalui proses faraid lagi tetapi akan terus ke penama anda.
Untuk menguruskan harta dengan baik melalui mana-mana cara di atas, pilihlah syarikat atau perunding harta yang dipercayai bagi menguruskan harta kita. Buatlah perbandingan bagi syarikat-syarikat yang menawarkan servis ini terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan