Isnin, Mac 13

Penalti Seksyen 112(3)

Nota Penerangan/Buku Panduan

Penalti seksyen 112(3) dikenakan terhadap kelewatan penghantaran borang cukai pendapatan dari tarikh yang sepatutnya dihantar. Walaupun kita bayar ansuran cukai pendapatan tapi tak isytihar pendapatan, adakah kita dikenakan penalti? Kadar penalti adalah seperti berikut:

Tempoh Kelewatan
Kadar Penalti (%)
Sehingga 12 bulan
15
Melebihi 12 bulan hingga 24 bulan
30
Melebihi 24 bulan
45

Contoh:

Pada tahun 2020, Encik Maniam mempunyai pendapatan penggajian sebanyak RM60,000. Beliau membuat ansuran cukai pendapatan. Beliau mempunyai seorang anak di bawah umur 18 tahun. Insuran nyawa yang dibayar adalah sebanyak RM7,200 manakala insuran pendidikan dan perubatan adalah sebanyak RM3,600. Encik Maniam telah menghantar borang cukai pendapatan secara manual (bukan e-filing) pada 9 Julai 2021. Berikut adalah taksiran tahun 2020 bagi Encik Maniam:

RM
Gaji
60,000
Pendapatan Agregat     
60,000
Pelepasan:
Individu               
9,000
Anak di bawah 18 tahun
2,000
Insurans nyawa dan KWSP
6,000
Insurans pendidikan & perubatan
3,000
Jumlah pelepasan
20,000
PENDAPATAN BERCUKAI
40,000
Cukai ke atas yang pertama
35,000
600
Cukai ke atas baki
5,000
8%
400
JUMLAH CUKAI PENDAPATAN
1,000
TAMBAH:
Penalti Sek. 112(3) [15%]
150
CUKAI KENA DIBAYAR
1,150

Jelas di sini penalti seksyen 112(3) yang dikenakan adalah RM150 dengan kadar penalti sebanyak 15% iaitu kelewatan sehingga 12 bulan.

Maksudnya jika kita bayar ansuran cukai pendapatan tapi tak isytihar, kena penalti juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan