Isnin, Mac 23

Tarikh Akhir Untuk E-filing (Borang BE – Penggajian sahaja dan Borang B - Perniagaan) dan Nota Penerangan

Tarikh penghantaran e-filing Borang BE (Penggajian sahaja) berakhir pada 15 Mei 2024. Manakala borang manual pada 30 April 2024. Bagi individu yang menjalankan perniagaan tarikh akhir pada 15 Julai 2024 iaitu Borang B bagi e-filing.

Sebagai seorang pembayar cukai, mahu tidak mahu anda perlu mengetahui cara mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar dengan mengenal pasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN. Berikut adalah buku panduan atau nota penerangan borang B/BE untuk diisi:

Kurangkan Cukai Pendapatan Tahun 2023 - Nota Penerangan/Buku Panduan

Baca: Nota Penerangan

Baca: Apa itu Bilangan Penggajian?

Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:

1.       Bantuan Kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti Perbadanan Wakaf Selangor, YAYASAN AR-RAUDHAH, MERCY dan MAKNA. Sila semak di sini https://www.hasil.gov.my/pautan-pantas/perkhidmatan/derma/?page=6. Anda boleh tolakkan dari pendapatan agregat.

2.       Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa. (terhad RM8,000)

3.       Melanjutkan Pelajaran Peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (Diri Sendiri) – Pelepasan cukai maksimum RM7,000 setahun.

4.       Perubatan (terhad RM1,000)

a) Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius.

b) Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan.

c) Pemeriksaan perubatan bagi pemvaksinan.

d) Perbelanjaan bagi pemeriksaan perubatan penuh.

e) Perbelanjaan bagi ujianpengesanan COVID-19 termasuk kit ujian kendiri

5.       Gaya Hidup

a) Pembelian buku, majalah, surat khabar; Tip Belian Surat Khabar, bayaran keahlian gimnasium; Tip Keahlian Gimnasium, dan bayaran langganan internet; Tip Langganan Internet, (terhad RM2,500)

b) Pembelian peralatan sukan. Untuk makluman pembelian basikal dewasa untuk tujuan bersukan seperti mountain bike saja yang dibenarkan. Basikal untuk kanak-kanak tidak dibenarkan tuntut; (terhad RM500)

c) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet; Tip Belian Telefon Pintar; Tip Belian Tablet, (terhad RM2,500)

6.      Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan atau tadika berdaftar - Pelepasan cukai maksimum RM2,000.

7.      Pendidikan Anak – Pelepasan cukai terhad sehingga RM8,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

8.      Anak di bawah umur 18 tahun – Pelepasan cukai adalah RM2,000 seorang. Anak umur 18 tahun dan ke atas yang masih belajar – pelepasan cukai adalah RM2,000 seorang (sijil/matrikulasi) manakala anak 18 tahun dan ke atas dan masih belajar peringkat diploma dan ke atas adalah RM8,000 seorang.

9.      Insuran Hayat/Takaful Keluarga – Pelepasan cukai adalah RM3,000 (selain penjawat awam berpencen), maksimum RM7,000 untuk penjawat awam; Insuran pendidikan dan perubatan - Pelepasan cukai adalah terhad kepada RM3,000.

Baca: Cara Memaksimumkan Pelepasan Insurans

10.       Tolakan KWSP - Pelepasan cukai adalah terhad kepada RM4,000 (selain penjawat awam berpencen).

11.       Skim persaraan swasta - Pelepasan adalah terhad kepada RM3,000.

12.      Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - Pelepasan terhad kepada RM350.

13.      Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang Islam. Anda boleh dapat rebat cukai sebanyak jumlah zakat yang anda bayar.

Pengecualian Cukai (Tidak perlu lapor sebagai pendapatan)

  • Hadiah Dari Majikan

Terima hadiah berbentuk telefon pintar, komputer riba dan tablet (RM5,000) – dinasihatkan untuk memiliki polisi bertulis bagi memudahkan bekerja dari rumah (Tarikh efektif 1 Julai 2020).

Peringatan:

Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai selama 7 tahun. Lebih elok lagi kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi.

Kelewatan penghantaran borang cukai pendapatan akan dikenakan Penalti Seksyen 112(3).

Save

Save

Save

Tiada ulasan:

Catat Ulasan