Selasa, Jun 23

Tambahan masa penghantaran borang B, BT, M dan MT menggunakan kaedah e - filing


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bersetuju memberikan tambahan masa kepada individu yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2014 (Borang B, BT, M dan MT) serta membuat bayaran baki cukai yang kena dibayar oleh mereka selewat-lewatnya pada 15 Julai 2015. Namun demikian, tambahan masa ini hanya terpakai sekiranya pembayar cukai menggunakan kaedah e-Filing dalam menghantar BNCP tersebut.



Bagi pembayar cukai yang memilih untuk menggunakan kaedah pengemukaan BNCP melalui borang kertas, tarikh akhir pengemukaan dan membuat bayaran baki cukai kena dibayar adalah kekal pada 30 Jun 2015.



Sehubungan itu, bagi membantu pembayar cukai yang mempunyai punca pendapatan daripada perrniagaan ini mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan, LHDNM akan mengeluarkan e-mel peringatan kepada mereka mulai 1 Julai 2015. E-mel peringatan ini akan menggunakan alamat e-mel no_reply@hasil.gov.my dan akan ditujukan kepada pembayar cukai yang telah memulakan prosedur pengisian BNCP mereka menggunakan e-Filing namun masih belum mengambil tindakan melengkapkan serta mengemukakannya kepada LHDNM.



Sila maklum bahawa kelewatan pembayar cukai mengemukakan BNCP kepada LHDNM adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan penalti Subseksyen112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan penalti maksimum sehingga tiga kali amaun cukai yang dikenakan.



Sebarang maklumat lanjut sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan di talian1-800-88-5436.








1 ulasan: