Intipati Isi Penting Pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan (Rasmi)
- Pengubahsuaian Bajet 2016 lebih berpaksi kepada 2 tunjang iaitu memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan menjaga, memelihara kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat
- Terdapat 11 isi penting pengubahsuaian dan penstrukturan semula bajet 2016
- Pertama: Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Disember 2017. Walaubagaimanapun, caruman majikan kekal.
- Kedua: Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2k kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8k/bulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015
- Ketiga: Bagi kurangkan kos keperluan harian, Kerajaan akan liberalisasikn AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah dan daging.
- Ke-4: Berkuat-kuasa serta merta ke atas projek baru, smua penjualan rumah berharga hingga RM300k terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
- Ke-5: Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan.
- Ke-6: Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders
- Ke-7 : Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah asing. Kerajaan laksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI, beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.
- Ke-8: Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
- Ke-9: Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mmpunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.
- Ke 10: Institusi kewangan pmbangunan dan dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakn pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan
- Ke 11: Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU.
Perkhidmatan Cukai Pendapatan Sekitar Shah Alam - 0132077844
Terima kasih atas info tuan!
BalasPadam