Rabu, Februari 17

LHDN mahu buru golongan profesional bayar cukai


Tan Sri Mohd Shukor Mahfar berkata tahun ini merupakan tahun yang sukar dan meningkatkan usaha kutipan cukai.

Katanya, LHDN menjangka dapat mengutip cukai tambahan lebih RM1 bilion. Derma politik tidak tertakluk kepada cukai, kata Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

“Bagi saya, jika pendapatan itu tertakluk kepada cukai, (maka kita boleh cukai). Jika pendapatan tidak tertakluk kepada cukai pendapatan, maka kita tidak boleh cukai,” beliau dipetik berkata ketika ditanya pemberita mengenai derma politik.

“Keadaan ini boleh diubah dengan undang-undang (baru) supaya pembiayaan politik boleh telus, tetapi pada masa ini tidak ada undang-undang itu lagi,” beliau dipetik berkata.

Tambahnya, beliau menyokong penuh undang-undang dan peraturan baru untuk membuatkan sumbangan dan dana politik lebih telus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan