Sabtu, April 4

Adakah Pendapatan Daripada VSS Dikenakan Cukai Pendapatan?


Skim Berhenti Kerja Secara Sukarela (VSS) ialah bayaran yang dibuat oleh majikan kepada pekerjanya sebagai pampasan bagi kehilangan pekerjaan sama ada sebelum atau selepas tarikh penamatan.

Pampasan ini dikecualikan daripada cukai

  1. Sekiranya pampasan yang diterima disebabkan oleh kesihatan yang buruk
  2. Pampasan yang diterima dalam kes lain:
    1. Penamatan sebelum 1 Julai 2008 - pengecualian sebanyak RM6,000 bagi setiap tahun perkhidmatan yang lengkap dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama
    2. Penamatan pada atau selepas 1 Julai 2008 - pengecualian sebanyak RM10,000 bagi setiap tahun perkhidmatan yang lengkap dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama

Contoh:

Tempoh kerja: 10 tahun

Pampasan VSS: RM150,000

Pengecualian:

10 tahun × RM10,000 = RM100,000 (tak kena cukai)

Baki:

RM150,000 – RM100,000 = RM50,000 sahaja dikenakan cukai

Pampasan yang diterima oleh pengarah (bukan pengarah perkhidmatan) Syarikat Kawalan dikenakan cukai sepenuhnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan