Ramai yang berjaya simpan aset mudah cair seperti emas, dinar, dan boleh pergi bercuti ke luar negara. Ramai yang mempunyai unit amanah, tabung haji dan CDS, namun bila nak buat pembiayaan;
“Awak terlalu muda, tak layak buat pinjaman, kalau nak juga, perlu ada guarantor”
“CCRIS tiada data, macam susah nak lulus pinjaman, sebab macam baby, tak ada rekod kewangan pinjaman”
“Akaun ni kosong sangat, tak pernah buat pinjaman walaupun sudah 30-an, tak ramai macam ini kecuali orang tua dulu-dulu yang suka berurusan secara tunai. Aduh.”
Ianya mungkin boleh terjadi kerana anda berniaga atau terlalu muda.
Usah risau, boleh ikut tip berikut:
- daftar dengan SSM (perniagaan enterprise)
- buka akaun semasa di mana-mana bank
- sila daftar dengan KWSP
- sila daftarkan akaun cukai pendapatan (LHDN)
- bayar gaji setiap bulan setelah tolakkan KWSP (11%+12%) dan cukai pendapatan. Gaji bermula RM3,000 perlu bayar cukai
- tuliskan offer letter dari firma sendiri
- pastikan ada duit masuk dan keluar yang kerap dalam akaun semasa
- konsisten pembayaran gaji selama 6 bulan dan jangan lupa bayaran ke KWSP
- cuba mohon satu kad kredit
- guna kad kredit dan cepat-cepat bayar jadi rekod CCRIS nampak cantik, selepas setahun, cuba mohon pembiayaan
- bila sudah bersedia, bank akan minta slip gaji, penyata KWSP, borang BE/B (kalau ada), slip bayar cukai, atau simpanan di tempat lain seperti deposit tetap, ASB, Tabung Haji, unit amanah dan Saham
Semoga berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan