Memaparkan catatan dengan label hong leong bank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hong leong bank. Papar semua catatan

Khamis, April 2

Apa itu Baki Berkurangan, Kadar Tetap dan Faedah Terakru?

Untuk makluman, kaedah pembayaran pembiayaan menggunakan dua formula, kadar tetap dan baki berkurangan.
  1. Kadar Tetap
Kebiasaanya formula ini digunakan bagi pembiayaan sewa beli kereta. Formula ini adalah tetap di mana jumlah bunga akan kekal nilainya ke atas jumlah pokok sepanjang tempoh pembiayaan.
Formula Kadar tetap adalah seperti berikut:

(Jumlah Pinjaman) X (Bilangan Tahun Pembiayaan) X (Kadar Bunga Setahun) = Jumlah Bunga

Sebagai Contoh:
Pembiayaan = RM 49,000
Kadar Bunga = 3.24 %
Tempoh Pembiayaan = 9 tahun atau 108 bulan
(RM 49,000 x 9 Tahun x 3.24%) = RM14,288.40

Bagi contoh di atas, kadar bunga adalah sebanyak RM14,288,40. Jumlah keseluruhan yang perlu dijelaskan:

Prinsipal + Kadar Bunga (RM 49,000 + RM 14,288.40) = RM 63,288.40
Untuk mendapatkan ansuran bulanan, bahagikan dengan tempoh pembiayaan (bulan):
RM63,288.40 / 108 Bulan = RM586

Bagi contoh di atas, ansuran yang perlu dijelaskan setiap bulan selama 9 tahun adalah RM586.
  1. Baki Berkurangan
Formula ini pula digunakan bagi pembiayaan perumahan. Cara pengiraan ini adalah berdasarkan kepada baki semasa pembiayaan dan kadar bunga pula adalah berubah mengikut Kadar Asas bank.

Formula Baki Berkurangan ini pula adalah agak rumit namun secara asasnya adalah seperti berikut:

(Kadar Bunga) X (Baki Pinjaman) = Jumlah Bunga

Sebagai Contoh:
Jumlah Pinjaman = RM100,000
Tempoh Pembiayaan = 10 Tahun, atau 120 Bulan
Kadar Faedah = 4.5%

https://www.calculator.com.my/home-loan-calculator

Berdasarkan jadual di atas, bayaran bulanan adalah RM1,036 tetapi perlu diingat jumlah ansuran adalah tidak tetap kerana ia berdasarkan baki semasa. Dalam bayaran bulanan pula, ada pecahan iaitu bunga dan prinsipal.

Moratorium

Berkenaan moratorium, bagi pembiayaan sewa beli kereta, ianya ‘straight forward’. Tiada apa-apa bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak bank. Pelanggan diberikan ‘payment holiday’ selama 6 bulan. Implikasinya adalah pembiayaan akan dipanjangkan jika sebelum itu 108 bulan, akan menjadi 114 bulan. Jadi untung atau tak?

Bagi pembiayaan perumahan, ramai yang agak keliru terutamanya berkenaan faedah terakru 6 bulan. Faedah terakru bermaksud bunga yang pihak bank tidak dapat, sepanjang 6 bulan tersebut iaitu April hingga September 2020. Jika bunga bank adalah RM1,000, faedah terakru secara kasar adalah RM6,000.

Berdasarkan pemerhatian pula, kaedah penyelesaian faedah terakru adalah berbeza-beza mengikut bank:
  • Ada yang memanjangkan tempoh 6 bulan iaitu dari 35 tahun ke 35 tahun 6 bulan tetapi ansuran bulanan tidak bertambah.
  • Ada yang tidak memanjangkan tempoh tetapi ansuran bulanan akan bertambah sedikit.
Walaubagaimanapun, kadar peningkatan mungkin tidak signifikan sangat kerana pembiayaan perumahan kebiasaannya dalam tempoh yang panjang (20 – 30 tahun).

Faedah terkompaun pula adalah 'faedah atas faedah' yang kebiasaannya digunakan oleh bank konvensional.

Faedah Terakru

Walaubagaimanapun, berita baiknya kebanyakan bank telah bersetuju untuk tidak mengenakan faedah terkompaun ke atas faedah terakru tersebut. Faedah masih dikenakan tapi mengikut tiada 'faedah atas faedah'.

Antara bank tersebut adalah RHB Banking, Maybank, CIMB Bank, Public Bank, OCBC Bank, HSBC Malaysia, AmBank Group, Affin Bank dan United Overseas Bank (UOB).

Rujuk Banks offer non-compounding interest on loans during moratorium

Boleh semak laman web bank masing-masing di bawah untuk kepastian dan tindakan selanjutnya.
Diharap dengan penjelasan di atas, dapat memberi pencerahan berkenaan cara pengiraan pembiayaan iaitu kadar rata dan baki berkurangan. Di samping itu, dapat memberi idea berkenaan moratorium yang diberikan selama 6 bulan kepada rakyat.

Ahad, Mac 29

Apa itu SRR?


Keperluan Rizab Berkanun (SRR) adalah sistem atau instrumen yang digunakan oleh Bank Negara untuk mengawal kecairan dalam sistem kewangan (mentory). SRR ratio adalah peratusan wang dalam bank di Bank Negara (eligible liability) bagi tujuan risiko pengeluaran deposit yang besar secara tidak disangka.

Contohnya begini: Jika SRR ratio 2%, jika depositor simpan RM1,000,000 di bank, hanya RM980,000 sahaja yang boleh digunakan oleh bank untuk pembiayaan dan pelaburan. Lagi RM20,000 akan dipegang di Bank Negara. Jadi, apabila SRR ratio diturunkan, maka bank boleh guna lebih banyak wang deposit pelanggan.

Apabila banyak lebihan deposit yang boleh gunakan, biasanya kelayakan untuk melanggan fasiliti bank akan lebih mudah.

SRR ini hanyalah instrumen pengurusan tunai bank-bank, bukan penanda aras polisi kewangan seperti Overnight Policy Rate (OPR).

Apa maknanya?

Mungkin, walaupun OPR dah turun sebelum ini tapi ekonomi masih perlahan disebabkan bank berhati-hati dalam meluluskan permohonan pinjaman. Jadi, dengan menurunkan SSR ini, bank akan mudahkan sedikit syarat kelayakan.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan fasiliti bank.

Sabtu, Mac 21

Kenapa bank tetap tak nak bagi pinjaman?

Ramai yang berjaya simpan aset mudah cair seperti emas, dinar, dan boleh pergi bercuti ke luar negara. Ramai yang mempunyai unit amanah, tabung haji dan CDS, namun bila nak buat pembiayaan;
“Awak terlalu muda, tak layak buat pinjaman, kalau nak juga, perlu ada guarantor”
“CCRIS tiada data, macam susah nak lulus pinjaman, sebab macam baby, tak ada rekod kewangan pinjaman”
“Akaun ni kosong sangat, tak pernah buat pinjaman walaupun sudah 30-an, tak ramai macam ini kecuali orang tua dulu-dulu yang suka berurusan secara tunai. Aduh.”
Ianya mungkin boleh terjadi kerana anda berniaga atau terlalu muda.
Usah risau, boleh ikut tip berikut:
  1. daftar dengan SSM (perniagaan enterprise)
  1. buka akaun semasa di mana-mana bank
  1. sila daftar dengan KWSP
  1. sila daftarkan akaun cukai pendapatan (LHDN)
  1. bayar gaji setiap bulan setelah tolakkan KWSP (11%+12%) dan  cukai pendapatan. Gaji bermula RM3,000 perlu bayar cukai
  1. tuliskan offer letter dari firma sendiri
  1. pastikan ada duit masuk dan keluar yang kerap dalam akaun semasa
  1. konsisten pembayaran gaji selama 6 bulan dan jangan lupa bayaran ke KWSP
  1. cuba mohon satu kad kredit
  1. guna kad kredit dan cepat-cepat bayar jadi rekod CCRIS nampak cantik, selepas setahun, cuba mohon pembiayaan
  1. bila sudah bersedia, bank akan minta slip gaji, penyata KWSP, borang BE/B (kalau ada), slip bayar cukai, atau simpanan di tempat lain seperti deposit tetap, ASB, Tabung Haji, unit amanah dan Saham
Semoga berjaya!