Untuk makluman, kaedah pembayaran pembiayaan menggunakan dua formula, kadar tetap dan baki berkurangan.
Formula Kadar tetap adalah seperti berikut:
(Jumlah Pinjaman) X (Bilangan Tahun Pembiayaan) X (Kadar Bunga Setahun) = Jumlah Bunga
Sebagai Contoh:
Pembiayaan = RM 49,000
Kadar Bunga = 3.24 %
Tempoh Pembiayaan = 9 tahun atau 108 bulan
(RM 49,000 x 9 Tahun x 3.24%) = RM14,288.40
Bagi contoh di atas, kadar bunga adalah sebanyak RM14,288,40. Jumlah keseluruhan yang perlu dijelaskan:
Prinsipal + Kadar Bunga (RM 49,000 + RM 14,288.40) = RM 63,288.40
Untuk mendapatkan ansuran bulanan, bahagikan dengan tempoh pembiayaan (bulan):
RM63,288.40 / 108 Bulan = RM586
Bagi contoh di atas, ansuran yang perlu dijelaskan setiap bulan selama 9 tahun adalah RM586.
Formula Baki Berkurangan ini pula adalah agak rumit namun secara asasnya adalah seperti berikut:
(Kadar Bunga) X (Baki Pinjaman) = Jumlah Bunga
Sebagai Contoh:
Jumlah Pinjaman = RM100,000
Tempoh Pembiayaan = 10 Tahun, atau 120 Bulan
Kadar Faedah = 4.5%
https://www.calculator.com.my/home-loan-calculator
Berdasarkan jadual di atas, bayaran bulanan adalah RM1,036 tetapi perlu diingat jumlah ansuran adalah tidak tetap kerana ia berdasarkan baki semasa. Dalam bayaran bulanan pula, ada pecahan iaitu bunga dan prinsipal.
Moratorium
Berkenaan moratorium, bagi pembiayaan sewa beli kereta, ianya ‘straight forward’. Tiada apa-apa bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak bank. Pelanggan diberikan ‘payment holiday’ selama 6 bulan. Implikasinya adalah pembiayaan akan dipanjangkan jika sebelum itu 108 bulan, akan menjadi 114 bulan. Jadi untung atau tak?
Bagi pembiayaan perumahan, ramai yang agak keliru terutamanya berkenaan faedah terakru 6 bulan. Faedah terakru bermaksud bunga yang pihak bank tidak dapat, sepanjang 6 bulan tersebut iaitu April hingga September 2020. Jika bunga bank adalah RM1,000, faedah terakru secara kasar adalah RM6,000.
Berdasarkan pemerhatian pula, kaedah penyelesaian faedah terakru adalah berbeza-beza mengikut bank:
Faedah terkompaun pula adalah 'faedah atas faedah' yang kebiasaannya digunakan oleh bank konvensional.
Faedah Terakru
Walaubagaimanapun, berita baiknya kebanyakan bank telah bersetuju untuk tidak mengenakan faedah terkompaun ke atas faedah terakru tersebut. Faedah masih dikenakan tapi mengikut tiada 'faedah atas faedah'.
Antara bank tersebut adalah RHB Banking, Maybank, CIMB Bank, Public Bank, OCBC Bank, HSBC Malaysia, AmBank Group, Affin Bank dan United Overseas Bank (UOB).
Rujuk Banks offer non-compounding interest on loans during moratorium
Boleh semak laman web bank masing-masing di bawah untuk kepastian dan tindakan selanjutnya.
Diharap dengan penjelasan di atas, dapat memberi pencerahan berkenaan cara pengiraan pembiayaan iaitu kadar rata dan baki berkurangan. Di samping itu, dapat memberi idea berkenaan moratorium yang diberikan selama 6 bulan kepada rakyat.
- Kadar Tetap

- Baki Berkurangan

- Ada yang memanjangkan tempoh 6 bulan iaitu dari 35 tahun ke 35 tahun 6 bulan tetapi ansuran bulanan tidak bertambah.
- Ada yang tidak memanjangkan tempoh tetapi ansuran bulanan akan bertambah sedikit.
Faedah terkompaun pula adalah 'faedah atas faedah' yang kebiasaannya digunakan oleh bank konvensional.
Faedah Terakru
Walaubagaimanapun, berita baiknya kebanyakan bank telah bersetuju untuk tidak mengenakan faedah terkompaun ke atas faedah terakru tersebut. Faedah masih dikenakan tapi mengikut tiada 'faedah atas faedah'.
Antara bank tersebut adalah RHB Banking, Maybank, CIMB Bank, Public Bank, OCBC Bank, HSBC Malaysia, AmBank Group, Affin Bank dan United Overseas Bank (UOB).
Rujuk Banks offer non-compounding interest on loans during moratorium
Boleh semak laman web bank masing-masing di bawah untuk kepastian dan tindakan selanjutnya.
Diharap dengan penjelasan di atas, dapat memberi pencerahan berkenaan cara pengiraan pembiayaan iaitu kadar rata dan baki berkurangan. Di samping itu, dapat memberi idea berkenaan moratorium yang diberikan selama 6 bulan kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan