Isnin, Julai 20

Status Tanah Hakmilik Sementara (Qualified Title)

Antara kekeliruan status Tanah HakMilik Sementara adalah seperti berikut:
  1. Adakah Hakmilik Sementara sama dengan Leasehold?
Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 perkara yang berbeza.
Formulanya begini:
  • Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir
  • Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold)
Sesuatu harta tanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title).

Tetapi sesuatu harta tanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan tetapi ianya telah ada hakmilik akhir.

Macam mana nak kenal sama ada harta tanah tersebut telah ada hakmilik akhir atau masih hakmilik sementara?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Hakmilik Sementara: Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)

Jika Hakmilik Akhir: Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN

Macam mana nak kenal sama ada harta tanah tersebut berstatus pegangan bebas atau pajakan?
Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Pegangan Bebas: Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Selama-lamanya

Jika Pegangan Pajakan: Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Pajakan 99 Tahun

Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.
  1. Adakah tanah hakmilik sementara ni boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?
Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual/beli harta tanah tersebut. Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur. Jadi tiada masalah beli harta tanah yang masih berstatus hakmilik sementara.

Cuma tanah status Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan