Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?
Waris pesara yang layak dibayar pencen terbitan (derivative pension) ialah:
Apakah yang harus dibuat oleh waris kepada pesara yang meninggal dunia?
Sekiranya pesara tidak meninggalkan waris yang layak dipertimbangkan pencen terbitan (derivative pension), wakilnya harus memaklumkan Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam tentang kematiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
Waris pesara yang layak dibayar pencen terbitan (derivative pension) ialah:
- balu-balu atau duda (bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);
- anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.
Sekiranya pesara tidak meninggalkan waris yang layak dipertimbangkan pencen terbitan (derivative pension), wakilnya harus memaklumkan Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam tentang kematiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
- salinan sijil kematian
- salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
- salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
- salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
- dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
- sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
- Surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan