Memaparkan catatan dengan label husband. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label husband. Papar semua catatan

Ahad, Julai 19

Bayar Gaji Suami Yang Meniggal Kepada Isteri

Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?

Waris pesara yang layak dibayar pencen terbitan (derivative pension) ialah:
  • balu-balu atau duda (bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);
  • anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.

Apakah yang harus dibuat oleh waris kepada pesara yang meninggal dunia?

Sekiranya pesara tidak meninggalkan waris yang layak dipertimbangkan pencen terbitan (derivative pension), wakilnya harus memaklumkan Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam tentang kematiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
  • salinan sijil kematian
  • salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
  • salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
  • salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
  • dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
  • sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
  • Surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).

Ahad, Jun 28

Kenapa isteri tak meletakkan suami sebagai penama harta?

“Lebih selamat saya bagi pada anak-anak. Kalau letak nama suami, nanti suami kahwin dengan orang lain lepas saya meninggal dunia. Nanti suami guna harta saya untuk berkahwin lain.”

Rupa-rupanya masih ramai salah faham dalam kalangan masyarakat tentang fungsi dan tanggungjawab penama (nominee).

Penama (Nominee) vs penerima harta (beneficiary)

Apabila tidak tahu perbezaan tentang dua perkara ini maka macam-macam kesilapan dan salah faham yang akan berlaku.

Penama hanya pentadbir atau pemegang amanah harta bukan pemilik mutlak harta!

Bagi seorang Muslim, seorang penama masih bertanggungjawab menguruskan harta tersebut mengikut hukum Islam antaranya seperti melunaskan hutang, perlaksanaan wasiat dan membahagikan bakinya mengikut hukum faraid.

Jadi sekalipun isteri letak suami sebagai penama, suami tak boleh gunakan harta tersebut sesuka hati sahaja.

Apa yang perlu seorang penama harta buat selepas kematian si pemilik harta?
  1. Bayar kos pengebumian
  2. Bayar hutang ibadah
  3. Bayar hutang harta
  4. Penyelesaian harta sepencarian, hibah dan harta amanah
  5. Perlaksanaan wasiat
  6. Pembahagian secara faraid
Masalah apabila meletakkan nama ibubapa atau anak-anak bawah umur sebagai penama harta

Pada umur 70 tahun, bolehkah bapa anda pergi pejabat Tabung Haji dan uruskan harta-harta?
Begitu juga dengan meletakkan nama anak di bawah sebagai pentadbir harta. Mereka tetap tak boleh laksanakan tugas sebagai pentadbir. Lainlah kalau mereka memang sudah dewasa dan mampu menguruskan hal sebegini.

Tetapi saya tetap tak percaya pada suami untuk tadbir harta saya

Walau bagaimanapun, jika si isteri memang tidak mahu suaminya yang menguruskan harta pusakanya nanti, ada jalan penyelesaian lain.

Si isteri boleh buat satu surat ikatan amanah atau dipanggil trust deed dengan melantik badan berautoriti untuk menguruskan harta pusaka bagi pihaknya.

Si isteri boleh merangka secara detail arahan untuk dilaksanakan oleh pihak trustee. Ini jauh lebih selamat, kerana pihak trustee bukanlah manusia yang berpontensi besar untuk berlaku pecah amanah. Mereka tertakluk dibawah undang-undang pemegang amanah.

Kesimpulannya, lantiklah mereka yang boleh berlaku amanah dan ada kemampuan untuk menguruskan pusaka kita kelak.