Hampir semua peralatan berasaskan elektronik menggunakan semikonduktor (mikrocip) sebagai nadi utama untuk menggerakan peralatan tersebut.
Kini, krisis besar berlaku apabila syarikat yang menghasilkan semikonduktor ini tidak dapat menampung permintaan yang luar biasa.
Kenapa Industri Semikonduktor Mengalami Masalah?
Krisis ini bermula pada awal tahun 2021 ini apabila syarikat pengeluar barangan elektronik dan automotif mengalami kekurangan bekalan mikrocip disebabkan kilang yang mengeluarkan barangan tersebut mendapat tempahan yang sangat tinggi terhadap produk mereka.
Disebabkan krisis Covid-19 melanda dunia pada tahun lepas, kebanyakan negara maju di dunia menutup hampir semua kegiatan ekonomi mereka termasuklah industri semikonduktor. Banyak syarikat semikonduktor yang terpaksa menghentikan operasi mereka ketika kemuncak Covid-19 melanda dunia.
Selapas keadaan kembali stabil, industri semikonduktor dibuka dan kilang dibenarkan untuk beroperasi. Permintaan terhadap mikrocip meningkat secara mendadak disebabkan banyak peralatan elektronik terutamanya telefon pintar dan komputer riba mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna.
Permintaan yang mendadak ini telah menyebabkan syarikat semikonduktor tidak mampu untuk menampung penghasilan peralatan mikrocip.
Selain daripada telefon pintar dan komputer riba, konsol permainan merupakan barangan elektronik yang paling banyak mendapat permintaan di kalangan pengguna. Di antara konsol permainan yang mendapat permintaan yang tinggi adalah Playstation 5 dan juga Xbox Series X yang baru dilancarkan akhir tahun lepas.
Syarikat semikonduktor banyak memberikan tumpuan kepada penghasilan mikrocip untuk konsol permainan kerana mereka memperolehi keuntungan yang tinggi berbanding dengan sektor lain.
Kesan Kekurangan Semikonduktor Terhadap Industri Automotif
Salah satu industri yang terkesan teruk dengan pengurangan bekalan semikonduktor di dalam pasaran dunia adalah industri automotif. Kenderaan pada hari ini banyak menggunakan alat elektronik untuk berfungsi.
Oleh kerana industri automotif tidak mendatangkan keuntungan yang besar kepada syarikat semikonduktor, mereka telah diketepikan.
Disebabkan tindakan yang dibuat oleh syarikat semikonduktor ini, maka beberapa syarikat automotif dunia terpaksa berhenti pengeluaran kenderaan mereka buat sementara waktu.
Syarikat automotif di Amerika Syarikat paling terjejas teruk dengan kekurangan bekalan semikonduktor pada ketika ini.
Ford terpaksa memberhentikan pengeluaran kenderaan yang laku keras iaitu Ford Raptor kerana kekurangan bekalan semikonduktor. Syarikat automotif dari Jerman juga turut terkesan dengan pengurangan bekalan semikonduktor dunia.
Siapa Negara Pengeluar Semikonduktor Dunia?
Rantau Asia merupakan pengeluar semikonduktor terbesar di dunia diikuti dengan Amerika Syarikat dan Eropah. Dengan dominasi negara Asia terhadap industri semikonduktor, ia sedikit sebanyak menghakis kekuasaan Amerika Syarikat yang telah sekian lama merupakan pemain utama dalam industri ini.
Dengan ketegangan yang semakin memuncak dengan China, perkara ini dilihat bakal menjejaskan ekonomi dunia. Intel yang merupakan pengeluar mikrocip dunia yang terkenal pada suatu ketika dahulu kini menghadapi masalah dengan produksi mereka yang dilihat tersasar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan