Jumaat, April 30

The Story of a Malaysian Child Becoming a Millionaire from Selling Rubber Bracelets, Loom Band


Jual gelang getah pun boleh jadi jutawan? Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki kelahiran Malaysia yang berbangsa Cina.

Loom Bands merupakan gelang getah berwarna-warni yang telah mencetus satu fenomena di seluruh dunia sekaligus mengubah hidup lelaki yang bernama Cheong Choon Ng.

Beliau yang kini menetap di Detroit mula berhijrah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1991. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan mekanikal daripada Wichita State University.

Beliau juga pernah bekerja sebagai jurutera ‘crash-test’ untuk Nissan Motor Company.

Idea untuk menghasilkan Loom Bands ini timbul ketika beliau bermain bersama-sama dengan anak perempuannya. Ketika itu, anak-anaknya sedang membuat perhiasan menggunakan gelang getah.

Cheong Choon Ng ingin turut mencuba, tetapi beliau dapati jarinya terlalu besar. Beliau kemudiannya membuat beberapa ujikaji lalu menghasilkan prototaip menggunakan pegboard kayu dan cangkuk gigi.

Anak-anaknya amat tertarik dengan rekaan bapa mereka itu lalu menggunakannya untuk menghasilkan hadiah kepada rakan-rakan dan jiran mereka.

Anaknya Teressa jugalah yang mencadangkan kepada beliau untuk menghasilkan dan menjual Loom Bands tersebut kepada orang ramai.

Dengan bermodalkan USD10,000, beliau memilih untuk menghasilkan komponen-komponen produknya di kilang yang terletak di China. Apabila komponen tersebut siap, komponen-komponen tersebut akan dihantar ke rumahnya untuk dipasang oleh beliau dan dibantu oleh isterinya.

Nama Rainbow Loom pula dilhamkan daripada saudara-maranya.

Pada peringkat awal, produknya dijual secara online kurang mendapat sambutan. Ini kerana kebanyakan orang tidak tahu untuk menghasilkan aksesori baru menggunakan ciptaannya itu.

Apa yang dilakukan beliau? Beliau telah memuat naik video anak-anaknya mengajar cara menggunakan Loom Bands tersebut.

Nasibnya mulai berubah pada tahun 2012 apabila pemilik Learning Express Toys, yang memiliki rangkaian francais sebanyak 130 buah kedai telah mengambil 24 set produknya untuk dijual.

Mereka merupakan peruncit pertama yang menjual Rainbow Loom di pasaran terbuka. Dalam masa dua hari, permainan ini telah habis dijual dan pihak Learning Express Toys telah menelefon Cheong Choon Ng untuk re-order produk tersebut.

Bermula daripada situ, permintaan terhadap Rainbow Loom terus meningkat. Gelang getah yang pada mulanya merupakan permainan kanak-kanak kini telah diterima baik di seluruh dunia untuk dijadikan sebagai aksesori.

Bintang-bintang selebriti dunia turut menggayakan Rainbow Loom sebagai aksesori seperti Miley Cyrus, David Beckham, Kate Middleton, Prince William dan ramai lagi.

Cheong Choon Ng akhirnya terpaksa berhenti kerja di Nissan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan