Isnin, April 12

Kos Refinance Rumah


Seperti pinjaman yang lain, refinance juga mempunyai kos-kosnya tersendiri.

Anda haruslah memberi perhatian kepada semua kos ini untuk membuat keputusan samada berbaloi atau tidak untuk anda refinance rumah.

Antara kos refinance yang perlu anda tahu adalah kos duti setem, yuran penilaian dan yuran guaman, yang mana mungkin mengambil dalam 2-3% daripada harga pinjaman refinance.

Selain itu, terdapat juga kos penalti bank yang dikenakan pada pinjaman terdahulu. Anggaran kos penalti adalah 2-3% daripada harga pinjaman asal dan selalunya dikenakan selama 2-3 tahun sahaja.

Untuk mengetahui jumlah kos penalti sebenar, bolehlah anda menghubungi bank anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan