Sabtu, Julai 17

Bolehkah Pemegang Amanah Dibatalkan?


Bagaimanakah prosedur dari segi perundangan  sekiranya kita ingin membatalkan Surat Ikatan Amanah? Untuk membatalkan sesuatu Surat Ikatan Amanah, anda kena tahu terlebih dahulu punca pemegang amanah tersebut diperolehi.

Jika ianya berdasarkan perintah pusaka daripada pejabat pusaka kecil untuk melindungi hak dan kepentingan waris bawah umur misalnya, selepas waris mencapai umur dewasa, anda bolehlah memfailkan permohonan di pejabat pusaka kecil untuk membatalkan perintah pemegang amanah tersebut.

Sekiranya dalam Surat Ikatan Amanah itu menyatakan dengan jelas bahawa ianya boleh dibatalkan dengan persetujuan semua pihak, maka setelah persetujuan kesemua pihak diperolehi, pembatalan boleh dilakukan di pejabat tanah di mana pendaftaran Surat Ikatan Amanah itu dibuat.

Namun begitu, sekiranya di dalam Surat Ikatan Amanah itu tidak dinyatakan secara jelas tentang pembatalan Surat Ikatan Amanah, maka anda bolehlah memfailkan permohonan untuk membatalkan surat ikatan amanah dan kuasa pemegang amanah yang diberikan tersebut di mahkamah.

Ringkasnya cara penyelesaian bergantung kepada bagaimana kuasa pemegang amanah itu diperoleh dan sejauh mana dokumen Surat Ikatan Amanah tersebut memberi peruntukan tentang perkara tersebut.

Berikut adalah borang pembatalan pemegang amanah:

Borang Pembatalan Pendaftaran Sebagai Pemegang Amanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan