Ahad, Ogos 1

Apa itu perniagaan digital?


Perniagaan digital merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menggunakan teknologi digital. Segala transaksi perniagaan yang dilakukan melalui teknologi digital dianggap sebagai perniagaan digital, walaupun pembayaran dan pengiriman yang berkaitan dengan transaksi tersebut dilakukan secara fizikal.

Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan digital tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Contoh sektor perniagaan digital adalah:

a) Runcit: dropship, ejen, stokis dan lain-lain

b) Penjagaan kesihatan: penjualan produk penjagaan kesihatan

c) Iklan: Blogger, Instafamous, Youtubers, Live Streamer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan