Baru-baru ini, Facebook telah mengesahkan bahawa hampir 30 juta data pengguna telah dicuri akibat digodam. Sekiranya anda tertanya-tanya sekiranya Facebook anda telah digodam atau tidak, teruskan sahaja lindungi data anda.
Sama ada pernah digodam atau tidak, selagi anda masih menggunakan Facebook, lindungi akaun anda segera.
Tapi apa nak buat jika Facebook anda benar-benar telah digodam?
1. Buat Pemeriksaan
Facebook mempunyai cara mudah bagi pengguna Facebook untuk memeriksa dan melihat dengan cepat sekiranya data mereka telah dicuri. Pergi ke Settings -> Security and Login
Anda boleh lihat bila dan peranti apa yang digunakan untuk mengakses akaun Facebook anda. Jika perasan ada lokasi atau device yang tak dikenali, mungkin akaun anda telah digodam.
2. Log Keluar Dari Semua Tempat
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda log keluar daripada Facebook di semua peranti yang pernah anda login sebelum ini. Biasanya kita akan log masuk melalui desktop, laptop dan telefon pintar.
3. Tukar Kata Laluan
Pastikan anda tidak menggunakan kata laluan yang sama dan mudah diingati, terutama untuk setiap akaun lain di laman web. Anda harus menggunakan kata laluan yang berbeza untuk setiap akaun lain yang dimiliki.
Jika sebelum ini anda sudah menggunakan kata laluan tersebut, tukar kepada kata laluan yang belum pernah digunakan.
4. Periksa Semua Akses
Lihat aplikasi Facebook anda dan semak segala perkara yang mempunyai akses ke akaun Facebook anda. Anda boleh membatalkan segala akses tersebut bagi mengelakkan data dicuri di masa hadapan.
5. Maklumkan Kepada Semua Rakan
Sekiranya anda dapati akaun Facebook anda telah digodam, beritahu rakan-rakan mengenai perkara tersebut. Dikhuatiri penggodam tersebut akan berpura-pura menjadi anda dan memperolehi segala maklumat peribadi yang dimahukannya melalui akaun Facebook anda.
Untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku, jangan berkongsi terlalu banyak maklumat peribadi di media sosial. Gunakan media sosial dengan lebih berhati-hati selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan