Saya kongsikan pandangan dari seseorang yang sering bertanya kepada mereka yang sudah berjaya dalam kerjaya bisnes, tak kira dalam bidang perniagaan sendiri, pendapatan komisen seperti jurujual, mahupun seorang full-time trader dalam pasaran saham.
Semua ini dikelaskan sebagai bisnes, sebab anda sendiri yang mengawal aliran keluar masuknya dan kemampuan untuk bergerak. Jika anda tidak komited untuk berjaya dalam tempoh masa yang panjang, anda cenderung untuk menemui kegagalan.
Ini kerana kejayaan memerlukan komitmen, displin dan satu tempoh masa. Jadi berikut adalah beberapa mitos berkaitan dengan menjalankan bisnes yang jarang dikongsi, khususnya yang berada di peringkat awal bisnes.
Mitos 1: Dah Jadi Bos, Dah Tak Perlu Lagi Dengar Bos Berleter
Dalam sesetengah perkara, ya, memang anda tak perlu lagi dengar bos anda berleter dan komen tentang anda. Tetapi sebagai seorang bos mesti selalu bersedia untuk menjawab soalan-soalan daripada ‘Real Boss’.
Iaitu dari pelanggan yang menyumbang kepada pendapatan dan keuntungan perniagaan. Kalau buka syarikat, perlu bersedia menjawab soalan-soalan dari pekerja, rakan kongsi, pelabur, pembekal, dari pihak bank dan bermacam-macam lagi.
Mitos 2: Jadi Kaya Apabila Memiliki Perniagaan Sendiri
Ini biasa terjadi bagi mereka yang bekerja dan ada mentaliti pekerja.
Mungkin majikan anda teruk dan anda bagus dalam sesuatu perkara, maka menyangkakan bos anda buat banyak duit hasil daripada kerja anda.
Kemudian anda beranggapan berniaga sendiri adalah cara pintas untuk menjadi kaya. Tetapi apa yang anda tidak tahu, di sebalik keuntungan ada perbelanjaan (marketing, pekerja, kos tersembunyi) yang perlu dibayar.
Jangan lupakan risiko-risiko yang bakal anda tempuhi. Memulakan perniagaan dalam talian dan mengharapkan jualan utama daripada saluran media sosial juga ada risiko, seperti risiko akaun Facebook/Instagram digodam, iklan tak jalan dan sebagainya.
Mitos 3: Boleh Bekerja Pada Bila-Bila Masa
Sekiranya anda tidak tahan dengan komitmen masa untuk tempoh waktu yang panjang, anda akan terlepas banyak peluang untuk berkembang, peluang untuk tambah pendapatan dan peluang untuk berjaya.
Kerana anda bukan pemilik bisnes sebenar, tetapi hakikatnya anda perlu bekerja sepanjang masa.
Mitos 4: Boleh Buat Apa Yang Saya Suka
Memang betul anda boleh buat apa anda suka kerana ini bisnes anda. Tetapi bila mula bekerja sendiri, suka atau tidak, anda kena belajar dan lakukannya untuk kembangkan game ini, tidak boleh hanya fokus kepada perkara yang anda suka sahaja.
Perlu ambil tahu semuanya, sebab ini bisnes korang. Bila salah kena perbaiki, bila dah elok kena lebih perkemaskan lagi.
Mitos 5: Bisnes Akan Untung Sejak Hari Pertama Lagi
Hanya beberapa bisnes saja yang berjaya dapat keuntungan pada hari pertama. Yang lain semuanya ambil masa.
Ini kerana setiap bisnes akan ada perbelanjaan (kos sewa, kos harian, kos kesilapan, kos barang). Jika pemilik tidak mempunyai modal yang besar dan holding power untuk menampung kos yang ditanggung sehinggalah perniagaan mencapai keuntungan pertama, maka bisnes anda akan gagal kerana menghadapi masalah cash flow.
Mitos 6: Boleh Letak Gaji Pekerja Sesuka Hati
Kemampuan bertahan dalam perniagaan adalah lebih penting daripada kemahuan dan kehendak anda sebagai pemilik bisnes.
Bila mana perniagaan anda perlukan sesuatu, anda perlu korbankan bahagian sendiri terlebih dahulu supaya perniagaan mampu untuk berkembang dan dahulukan perkara-perkara penting lain seperti gaji pekerja dan bil-bil.
Satu hari nanti kalau anda bernasib baik, kemahuan dan kehendak anda akan direalisasikan selepas perniagaan anda stabil dan ada pendapatan yang konsisten.
Oleh itu, hadamkan dulu mitos-mitos ini. Bila rasa dah yakin untuk mula bekerja sendiri, maka usah berlengah lagi dan mulalah hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan