Jumaat, Ogos 13

Gratuiti Tak Kena Cukai Pendapatan?


Gratuiti (ganjaran) yang diterima oleh pekerja pada masa persaraan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai JIKA memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Ketua Pengarah LHDN berpuas hati bahawa persaraan daripada penggajian adalah disebabkan oleh keuzuran.
  2. Persaraan itu berlaku pada atau selepas seseorang itu mencapai umur 55 tahun atau mencapai umur wajib bersara dari penggajian dan telah berkhidmat berturutan selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat di dalam kumpulan yang sama.
  3. Persaraan itu berlaku apabila mencapai umur wajib bersara di bawah satu kontrak penggajian atau perjanjian kolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan telah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama.

Bayaran gratuiti berikut dikecualikan dari cukai pendapatan:

  1. Gratuiti yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam apabila bersara daripada penggajian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
  2. Gratuiti yang dibayar daripada kumpulan wang awam kepada pegawai kontrak apabila perkhidmatan kontraknya tamat (walaupun kontraknya diperbaharui).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan