Sabtu, Ogos 14

Pendapatan Dari Pampasan Tak Kena Cukai Pendapatan?


Pendapatan pampasan

Pendapatan pampasan adalah bayaran yang diterima oleh seseorang pekerja daripada majikannya akibat diberhentikan kerja dan bayaran ini mungkin dibayar sebelum atau selepas pekerja diberhentikan.

Cukai yang dikecualikan:

a) Pampasan yang diterima kerana keuzuran atau gangguan kesihatan dikecualikan cukai sepenuhnya.

b) Pampasan yang diterima kerana sebab-sebab lain:

  1. Pemberhentian kerja sebelum 1 Julai 2008. Pengecualian RM6,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan sama.
  2. Pemberhentian kerja pada atau selepas 1 Julai 2008. Pengecualian RM10,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama.

Pendapatan pampasan yang dikenakan cukai sepenuhnya:

Pampasan yang diterima oleh pengarah (bukan pengarah urusan) sebuah syarikat terkawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan