Ramai yang tertanya-tanya dan menjadi persoalan utama di kalangan mereka yang ingin membuat pembayaran wang pendahuluan (booking fee) apabila membeli mana-mana harta tanah.
Kita pastinya berasa risau apabila pembayaran deposit telah dilakukan tetapi pinjaman perumahan tidak diluluskan. Adakah dapat balik deposit tersebut atau hangus begitu sahaja?
Apa Itu Earnest Deposit?
Dalam bahasa mudahnya Earnest Deposit adalah booking fee. Ianya merupakan sejumlah wang yang telah ditetapkan untuk dibayar kepada pemilik hartanah sebagai tanda bahawa anda ingin membeli rumah tersebut.
Ia juga menyatakan bahawa pembeli bersedia dengan komitmen yang bakal digalas sebelum membuat pinjaman / pembiayaan perumahan.
Adakah Booking Dipulangkan Jika Loan Tak Lulus?
Sekiranya anda membuat pembelian hartanah melalui ejen-ejen hartanah yang berdaftar dan boleh dipercayai, ianya adalah selamat dan mudah untuk mendapatkan kembali booking fee.
Pastikan ketika anda membuat pembayaran booking fee tersebut, ada dinyatakan pemulangan deposit jika permohonan pinjaman rumah anda tidak diluluskan. Boleh lihat Booking Form untuk memastikan perkara ini.
Itu pentingnya untuk ejen harta tanah anda berterus-terang dengan anda dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat.
Dan pastikan juga bila anda bayar booking fee tersebut, masukkan ke dalam akaun bank syarikat harta tanah dan bukan ke dalam akaun bank ejen. Ejen pula lari dengan duit anda nanti.
Lepas buat deposit tersebut, kena pastikan anda ada resit dan simpan elok-elok resit tersebut sebagai bukti transaksi telah berjaya dilakukan.
Bagaimana Jika Beli Dengan ‘Direct Owner’?
Bagaimana pula jika beli dengan pemilik harta tanah tersebut tanpa melalui sebarang ejen? Apakah yang perlu dilakukan oleh anda sebagai pembeli bagi memastikan deposit anda dikembalikan sekiranya pinjaman tidak diluluskan?
Pastikan anda berbincang dengan pemilik rumah dengan jelas dan dapatkan persetujuan untuk mengembalikan wang deposit jika pinjaman perumahan anda tidak diluluskan.
Sediakan sebuah perjanjian bertulis supaya tidak berlaku kejadian kesalahfahaman di kemudian hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan