Mengikut Seksyen 45, Akta Cukai Pendapatan 1967, setiap pasangan yang sudah berkahwin berhak untuk memilih taksiran cukai BERSAMA atau BERASINGAN.
Taksiran Bersama |
Taksiran Berasingan |
Jumlah pendapatan suami dan isteri
akan diisytiharkan sebagai satu jumlah pendapatan |
Suami dan isteri mengisytiharkan
pendapatan masing-masing secara bersingan |
Layak menerima pelepasan cukai
terhadap anak |
Suami ATAU isteri boleh memilih siapa
yang lebih layak untuk menerima pelepasan cukai terhadap anak |
Layak menerima pelepasan cukai
persendirian berjumlah RM9,000 DAN untuk pasangan berjumlah RM4,000 |
Suami dan isteri masing-masing layak
untuk menerima pelepasan cukai persendirian berjumlah RM9,000 seorang |
Sebenarnya tiada formula khusus untuk menentukan jenis taksiran mana yang paling sesuai dengan anda dan suami/isteri. Semuanya bergantung pada jumlah pendapatan yang dikenakan dan jumlah pelepasan cukai yang diperolehi oleh kedua-dua pihak. Contohnya, sekiranya anda dan suami/isteri mempunyai jumlah pendapatan yang tinggi, adalah lebih baik jika memilih taksiran BERASINGAN kerana lebih tinggi jumlah pendapatan yang diisytiharkan, maka lebih tinggi cukai yang akan dikenakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan