Permohonan memindahkan fail cukai ke cawangan lain boleh dibuat skiranya:
- Alamat surat-menyurat di bawah pentadbiran cawangan yang lain, atau
- Permohonan pemindahan fail cukai diterima daripada pembayar cukai ke cawangan yang dikehendaki.
Permohonan penutupan fail cukai boleh dikemukakan jika anda memenuhi salah satusyarikat berikut:
- Telah bersara dari perkhidmatan dan tidak mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai,
- Akan meningalkan Malaysia buat selama-lamanya, atau
- Tiada pendapatan yang boleh dikenakan cukai serta umur pembayar cukai telah melebihi 55 tahun.
Kedua-dua permohonandi atas perlu dibuat secara bertulis ke cawangan yang menguruskan fail cukai anda.
PERHATIAN: Pastikan anda tiada tunggakan cukai sebelum mengemukakan permohonan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan