Memaparkan catatan dengan label MTD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MTD. Papar semua catatan

Ahad, Februari 5

Adakah PCB Dan CP38 Adalah Jenis Pembayaran Yang Sama?


PCB ialah potongan cukai berdasarkan Jadual PCB ke atas saraan pekerja yang dihantar setiap bulan kepada LHDN manakala potongan CP38 adalah arahan khas kepada majikan daripada LHDN untuk memotong jumlah tertentu dalam bulan-bulan tertentu. Pemberitahuan CP38 dikeluarkan kepada majikan sebagai arahan tambahan untuk menjelaskan baki liabiliti cukai pekerja yang melebihi PCB.

Baca: Apa itu CP38?

Majikan bertanggungjawab membuat pembayaran Arahan Potongan CP38. Bayaran berasingan PCB dan CP38 hendaklah dibuat oleh majikan seperti yang diperuntukkan dalam Borang CP39.

Khamis, Jun 25

Apa itu Bayaran Balik EL TS?

Kod 4016 (tahun lepas) Kod 4017 (tahun semasa)

Salleh perasan slip gaji bulan ni ditolak RM264.35 untuk Bayaran Balik EL TS (N-Tax) dengan kod 4016. Pada mulanya Salleh agak malas nak tanya hal ni kat bahagian kewangan. Tapi itu duitnya. Dia berhak tahu ke mana wang itu pergi dari akaunnya.

Rupa-rupanya. Tu duit dipotong untuk tuntutan bayaran terlebih emolumen tahun lepas. Aduh! Itu rupanya. Dia mula fikir mengapa  sebahagian gaji disekat. Sebab tu ke, sebab ni ke? Selesai.

Kod 4015

Maria perasan slip gaji bulan ni ditolak RM133.87 untuk Bayaran Balik EL TS (N-Tax) dengan kod 4015. Pada mulanya Maria agak malas nak tanya hal ni kat bahagian kewangan. Tapi itu duitnya. Dia berhak tahu ke mana wang itu pergi dari akaunnya.

Rupa-rupanya. Tu duit dipotong untuk kurangkan COLA (bantuan sara hidup). Yelah, sebelum ini, dia kerja kat Putrajaya. COLA dapat RM300. Bila pindah ke Seremban, COLA hanya RM250. Aduh! Itu rupanya. Dia mula fikir mengapa  sebahagian gaji disekat. Sebab tu ke, sebab ni ke? Selesai.

Kod 4012

Yazid perasan slip gaji bulan ni ditolak RM46.35 untuk Bayaran Balik EL TS (N-Tax) dengan kod 4012. Pada mulanya Yazid agak malas nak tanya hal ni kat bahagian kewangan. Tapi itu duitnya. Dia berhak tahu ke mana wang itu pergi dari akaunnya.

Rupa-rupanya. Tu duit dipotong untuk tambahkan PCB (potongan cukai berjadual). Yelah, sebelum ini, data bahagian gaji menunjukkan dia kena potong RM120 saja, tapi sebenarnya potongan sepatutnya sebanyak RM166.35. Aduh! Itu rupanya. Dia mula fikir mengapa  sebahagian gaji disekat. Sebab tu ke, sebab ni ke? Selesai.