Memaparkan catatan dengan label jurutera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jurutera. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 15

Cara Simpan Sayur dan Bahan Mentah dalam Peti Sejuk

Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur dan bahan mentah agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama.  
CARA MENYIMPAN SAYUR
1. Rendam Sayur
Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam.
Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.
2. Tambah Garam
Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran.
Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.
3. Toskan
Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurang 5 minit.
4. Simpan Dalam Bekas
Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya.
Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.

CARA MENYIMPAN SOTONG, UDANG DAN IKAN

1. Cara Menyimpan Sotong
Mula-mula, cuci sotong dengan air sehingga bersih. Boleh juga dipotong siap-siap.
Kemudian, letak gula sedikit, dalam 1 sudu, bergantung kepada jumlah sotong.
Fungsi gula ini pula untuk memastikan sotong kekal segar. Mudah-mudahan apabila nak dimasak nanti, isinya akan tetap lembut.
Gaulkan sebati dan bolehlah disimpan ke dalam petia ais bahagian ‘freezer’. 
Sebelum memasak, cucikan semula sotong. Ia tidak akan menjejaskan rasa masakan.
2. Cara Menyimpan Udang
Untuk menyimpan udang, caranya lebih kurang sama juga dengan sotong. Mula-mula, cuci bersih dan kemudian taburkan sedikit gula sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Kalau nak siang dahulu kulit dan kepala pun boleh, tapi jangan terus dibuang kulit dan kepala udang tadi. Ia boleh digunakan lagi untuk membuat stok udang.
Sekiranya ada yang tak suka bubuh gula, boleh juga rendamkan udang dalam air dan disimpan dalam ‘freezer’.
Baiklah, ini kulit dan kepala udang yang telah disiang tadi.
Kita boleh membuat air rebusan udang atau stok udang. Memang sedap kalau dibuat mee rebus udang, char kuew teow, dan sebagainya.
Cuci kulit udang ini dengan air bersih. Kemudian, direbus kosong saja dalam periuk atau kuali.
Tunggu sampai mendidih atau nampak macam dah masak. Bolehlah tutup api.
Kemudian, tapiskan kulitnya. Ada juga yang menggunakan kulit udang ini untuk di‘blend’atau dikisar dengan sedikit air. Kemudian ditapis lagi untuk mendapatkan patinya. terpulanglah kepada anda suka yang macam mana ya.
Sejukkan sebentar dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk seperti biasa. Memang menyedapkan masakan!
3. Cara Menyimpan Ikan
Ikan semua boleh disiang, buang perut, dan dipotong terlebih dahulu. Tapi, jangan dibasuh supaya kekal segar.
Masukkan ikan beserta darah-darah ikan ke dalam bekas. Jangan risau, ia tidak akan menjejaskan rasa ikan dan baunya tidak akan melekat pada bekas apabila disimpan dalam ‘freezer’.
TIP-TIP LAIN PENYIMPANAN BAHAN MENTAH

  • Ayam – Cuci bersih dan terus simpan ke dalam ‘freezer’. 
  • Daging – Pertama, kalau nak potong, ya anda boleh lakukan. Tapi, tak perlu cuci dan terus simpan dalam ‘freezer’. Kemudian, bila nak guna, basuh bersih.

Rabu, Julai 11

Tip Membeli Rumah Kediaman

Bagaimana nak membeli rumah kediaman di zaman gawat? Berikut adalah tipnya:
1. Beli rumah subsale, yakni rumah “2nd hand ” dan bukan rumah under construction. Lepas selesai urusan jual-beli boleh terus tinggal.
2. Beli di bawah nilai pasaran. Sekarang banyak pemilik rumah yang nak jual rumah di bawah harga pasaran rentetan kegawatan ekonomi. Masa beli sudah untung, dapat harga diskaun.
3. Rumah di dalam pembinaan? Lebih baik jangan. Dibimbangi ia terbengkalai.
4. Maksimakan pembiayaan bank dan tempoh pembiayaan, supaya dapat minimakan pembayaran bulanan. Aliran tunai bulanan stabil.
5. Pilih bank yang berikan harga tinggi supaya dapat maksimakan pembiayaan sekaligus dapat meminimakan wang keluar. Apabila beli rumah yang di bawah nilai pasaran, banyak kos dapat dikurangkan.
6. Beli rumah yang ansuran kurang dari sewa bulanan. Kalau ansuran lebih tinggi daripada sewa, lebih baik sewa.
7. Menyewa atau membeli rumah yg mahal sedikit tapi dekat dengan tempat kerja atau pengangkutan awam, memang lebih baik daripada membeli rumah yang murah tapi jauh dari tempat kerja kerana kos ulang-alik dari rumah ke tempat kerja mungkin boleh menampung kos menyewa atau membeli rumah yang dekat dengan tempat kerja. Kos termasuk masa, selain kos petrol, tol, penyelenggaraan dan lain-lain.

Isnin, September 4

LHDN akan melaksanakan operasi audit cukai ke atas arkitek, peguam dan jurutera tidak lama lagi



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melancarkan operasi audit cukai pendapatan ke atas profesional, termasuk arkitek, peguam dan jurutera.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah berkata berdasarkan analisis risiko, maklumat dan analisis pihak ketiga oleh Bank Negara Malaysia, sesetengah profesional ini tidak pernah mengisytiharkan pendapatan mereka.

Sabin berkata operasi itu mungkin bermula pada bulan September atau Oktober.

"Saya ingin menasihatkan para profesional ini untuk maju sekarang dan membuat perisytiharan sukarela pendapatan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Merdeka 2017.

"Satu lagi sekatan adalah dalam kutipan cukai petroleum. Dianggarkan bahawa LHDN akan mendapat RM8bil dari cukai petroleum, tetapi kami hanya berjaya memperoleh RM3bil setakat ini, dan ini merupakan satu cabaran bagi kami," katanya.

Sabin berkata LHDN telah berjaya mengutip cukai sebanyak RM75.7 bilion setakat ini, iaitu peningkatan sebanyak 2.72% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.