Memaparkan catatan dengan label tax deduction. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tax deduction. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 12

Fakta Menarik Tentang Cukai Pendapatan

 

  • Seorang individu dianggap pemastautin apabila ia ada dalam negara ini selama 182 hari tanpa mengira sama ada dia warganegara Malaysia atau rakyat asing.
  • Kelayakan bergelar pemastautin tidak bergantung kepada sama ada dia dilahirkan di Malaysia atau taraf kewarganegaraan yang dimilikinya.
  • Pembayar cukai yang bukan pemastautin tidak layak menuntut sebarang pelepasan cukai seperti seorang pemastautin.
  • Kadar cukai bagi individu bukan pemastautin pula adalah satu kadar tetap sahaja iaitu 28%.
  • Seorang yang bukan pemastautin tidak akan dikenakan cukai bagi short term employment selama 60 hari atau kurang tetapi sebaliknya bagi pemastautin.
  • Seorang warganegara Malaysia mungkin bukan seorang pemastautin jika ia berada di negara ini kurang dari 182 hari sepanjang tahun berkenaan.
  • Terdapat lebih 3 juta pekerja asing yang mungkin bergaji RM3,000 ke bawah, mereka lazimnya dianggap seorang residen kerana berada di sini sepanjang tahun. Oleh sebab itu mereka mungkin tak perlu bayar cukai pendapatan.

Rabu, Ogos 1

Potongan Cukai Dalam Slip Gaji

Apa itu Bayaran Balik EL TS?

Bila saya tengok slip gaji, ada potongan untuk cukai pendapatan! Apa sudah jadi. Kenapa unit gaji potong gaji saya?
Jangan panik. Ini adalah perkara biasa. Jika pendapatan anda telah melebihi jadual yang ditetapkan oleh LHDN, maka gaji anda akan dipotong untuk cukai pendapatan. Ia dipanggil Potongan Cukai Berjadual (PCB).
Tapi gaji saya kecil sahaja dan tak layak kena cukai. Jangan bimbang. Anda hanya perlu mengisi e-filing. Bayaran balik akan dimasukkan ke akaun anda jika potongan cukai anda melebihi cukai kena bayar. Tapi jika sebaliknya, anda hendaklah membuat bayaran tambahan pula di bank.
Jika anda merasakan potongan adalah terlalu banyak, anda boleh mengisi borang  PCB di unit gaji anda dengan menyatakan status perkahwinan dan bilangan anak.

Tapi lain pula dengan Navalan, katanya, kenapa tiada potongan cukai dalam slip gaji? Hal ini kerana unit gaji belum memotong gajinya. Oleh itu, saya menasihati beliau agar segera menghubungi unit gaji untuk menyediakan PCB.