- Seorang individu dianggap pemastautin apabila ia ada dalam negara ini selama 182 hari tanpa mengira sama ada dia warganegara Malaysia atau rakyat asing.
- Kelayakan bergelar pemastautin tidak bergantung kepada sama ada dia dilahirkan di Malaysia atau taraf kewarganegaraan yang dimilikinya.
- Pembayar cukai yang bukan pemastautin tidak layak menuntut sebarang pelepasan cukai seperti seorang pemastautin.
- Kadar cukai bagi individu bukan pemastautin pula adalah satu kadar tetap sahaja iaitu 28%.
- Seorang yang bukan pemastautin tidak akan dikenakan cukai bagi short term employment selama 60 hari atau kurang tetapi sebaliknya bagi pemastautin.
- Seorang warganegara Malaysia mungkin bukan seorang pemastautin jika ia berada di negara ini kurang dari 182 hari sepanjang tahun berkenaan.
- Terdapat lebih 3 juta pekerja asing yang mungkin bergaji RM3,000 ke bawah, mereka lazimnya dianggap seorang residen kerana berada di sini sepanjang tahun. Oleh sebab itu mereka mungkin tak perlu bayar cukai pendapatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan