Pada masa sekarang, banyak rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu pendingin hawa.
Tetapi,
masih ramai yang tidah tahu atau buat-buat tidak tahu tentang cara
jimatkan elektrik apabila menggunakan peralatan tersebut.
Akibatnya, banyak pembaziran tenaga elektrik berlaku dan bil elektrik melambung tinggi.
Jadi, untuk kurangkan penggunaan elektrik semasa menggunakan pendingin hawa, boleh amalkan perkara-perkara berikut:
- Pasangkan pendingin hawa dengan kapasiti (kuasa kuda/horse power) yang sesuai untuk setiap ruang. Ukur saiz ruang dan kira kapasiti yang diperlukan. Sebagai panduan, boleh lihat jadual yang berikut:
Kesesuaian Saiz Pendingin Hawa dengan Bilik | |
Saiz Bilik | Saiz Unit Penyaman Udara (hp) |
12X12 kaki | <1.0 |
14X14 kaki | 1.0-1.5 |
14X16 kaki | 1.5 |
15X16 kaki | 1.5-2.0 |
18X18 kaki | 2.0-2.5 |
21X21 kaki | 2.5-3.0 |
- Pasang pendingin hawa di lokasi yang jauh daripada sinaran cahaya matahari atau punca haba.
- Tetapkan suhu pendingin hawa pada 24-26 ºC sahaja, tak perlu terlalu sejuk sehingga 16ºC. Tahukah anda bahawa setiap penurunan 1ºC yang ditetapkan pada pendingin hawa bersamaan peningkatan penggunaan elektrik sebanyak 10%. Maksudnya, semakin rendah suhu ditetapkan, semakin tinggi penggunaan elektrik.
- Tetapkan juga kipas penyejuk (blower) pendingin hawa pada tahap kelajuan rendah sahaja. Memang betul apabila ditetapkan pada tahap tinggi, suhu akan cepat turun, tetapi penggunaan elektrik juga akan meningkat tinggi.
- Tutup pintu dan tingkap apabila pendingin hawa dipasang. Ini untuk mengelakkan udara sejuk keluar daripada ruang tersebut.
- Cuci penapis (filter) pendingin hawa dengan kerap, minimum sekali setiap bulan. Cuci juga kipas compressor di luar rumah. Ini akan mengurangkan beban pendingin hawa tersebut.
- Hadkan tempoh penggunaan pendingin hawa. Contohnya pada waktu malam, boleh tetapkan supaya pendingin hawa auto-off pada jam 12.00 malam. Pada waktu tersebut, suhu persekitaran sudah pun sejuk, sekitar 23-25 ºC. Jadi, tidak perlulah dipasang lagi pendingin hawa. Boleh pasang kipas selepas pendingin hawa ditutup. Kipas akan 'menyebarkan' udara sejuk yang masih ada dan mengekalkan rasa nyaman dengan lebih lama.
- Tutup pendingin hawa apabila ruang tersebut tidak digunakan. Sebagai contoh, apabila keluar daripada bilik, tutup dahulu pendingin hawa yang terpasang. Tetapi, pada masa sama, jangan terlalu kerap buka-tutup, kerana akan menyebabkan beban kerja lebih. Boleh gunakan peraturan 1-jam; jika bercadang keluar bilik lebih daripada 1 jam, lebih baik tutup pendingin hawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan