Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menegaskan tidak mengeluarkan sebarang ketetapan khusus berhubung layanan cukai ke atas pengiklanan digital.
Dalam satu kenyataan, LHDN berkata isu bayaran pengiklanan digital akan ditentukan berdasarkan fakta sesuatu kes dan Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Setiap kes berkenaan akan dinilai berdasarkan fakta kes tersendiri dalam menentukan sama ada sesuatu transaksi itu merupakan bayaran royalti atau bayaran perkhidmatan dan sama ada tertakluk kepada cukai pegangan atau lain-lain kategori pendapatan,” katanya.
“Mana-mana pembayar cukai yang mempunyai pertanyaan khusus berhubung isu pengiklanan digital ini dinasihatkan merujuk terus kepada Jabatan Dasar Percukaian, LHDN,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan