Jumaat, Julai 20

Bila kena bayar cukai?

Bayaran Cukai Pendapatan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh hantar e-filing.
Berikut adalah peruntukan undang-undang:

Jenis Kesalahan
Punca Pendapatan
Peruntukan Di Bawah ACP 1967
Penalti
Membayar cukai selepas 15 Mei (e-filing)
Selain Perniagaan
Seksyen 103(3)
a. 10% kenaikan daripada cukai yang kena bayar, dan

Membayar cukai selepas 15 Julai (e-filing)
Perniagaan
Seksyen 103(4)
b. Tambahan 5% kenaikan atas baki (a) jika bayaran tidak dibuat selepas 60 hari dari tarikh akhir

Contoh:
Encik Lim telah menghantar borang cukai pendapatan secara e-filing (untuk perniagaannya pada 15 Julai 2018). Jumlah cukai kena bayar adalah RM100. Apakah kesan jika dia membuat bayaran pada tarikh-tarikh berikut?
A) 10 Ogos 2018
B) 16 Oktober 2018
Jawapan:
A) Pada 10 Ogos 2018 dia tidak perlu membayar penalti Seksyen 103. Jumlahnya RM100.
B) Pada 10 Oktober 2018 dia perlu membayar penalti Seksyen 103 dan cukai. Jumlahnya RM115.50.
Penalti:
RM100X10%=RM10.00
RM110X5%=RM5.50
jumlah penalti RM15.50

Tiada ulasan:

Catat Ulasan