Adakah gaji bawah RM3,100 tidak perlu bayar cukai pendapatan? Adakah saya perlu mendaftarkan nombor cukai pendapatan?
Ya, anda perlu mendaftarkan nombor cukai pendapatan sekiranya anda adalah seorang:
- Individu yang berstatus bujang yang menerima pendapatan gaji RM2,833 sebulan selepas potongan KWSP.
- Individu yang berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan gaji melebihi RM3,833 sebulan.
- Individu yang menjalankan perniagaan walaupun perniagaan mengalami kerugian.
- Pekerja yang dikenakan potongan cukai berjadual (PCB).
- Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai.
- Individu yang menjual atau membeli harta tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan