Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah mengenakan sekatan
perjalanan kepada 505 individu termasuk pengarah syarikat dari negeri ini
kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai berjumlah RM45 juta.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah mengenakan sekatan
perjalanan kepada 505 individu termasuk pengarah syarikat dari negeri ini
kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai berjumlah RM45 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk
Seri Sabin Samitah berkata, daripada jumlah tersebut seramai 10 individu dan
pengarah syarikat yang dikenakan sekatan itu berasal dari Daerah Keningau
melibatkan tunggakan cukai sebanyak RM0.3 juta.
"Ini adalah satu jumlah yang besar (individu dikenakan
sekatan perjalanan ke luar negara). Ia berpunca daripada tahap kesedaran mereka
(pembayar cukai) yang masih rendah. Namun ada juga dalam kalangan mereka
sememangnya ingin mengambil kesempatan dan mengambil keputusan sengaja tidak
mahu membayar cukai.
"Bagi mereka yang tidak mahu membayar cukai, LHDN akan
mengambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita pada Majlis Serah
Tugas Pengarah LHDN Cawangan Keningau di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan