Berapa kos sebenar yang perlu kita ‘lebur’ untuk memiliki sesebuah hartanah?
Buat pengetahuan kita semua, kebanyakan bank menawarkan pembiayaan sehingga 90% daripada harga rumah untuk rumah pertama dan kedua.
Baki 10% harus disediakan bakal pembeli rumah tidak kiralah duit tersebut datangnya dari simpanan, ibu bapa atau pinjaman dari rakan-rakan.
Dan berdasarkan kajian, di antara punca utama pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera adalah rendah adalah kerana bakal pembeli hartanah tidak tahu akan kos dan tidak mempunyai wang deposit yang mencukupi untuk membayar wang pendahuluan.
Selanjutnya, kami akan kongsikan kos asas untuk jumlah wang pendahuluan beserta kos lain seperti yuran guaman, duti setem, surat perjanjian guaman dan duti setem untuk surat perjanjian.
Hartanah RM300,000
Untuk hartanah berharga RM300,000, kita perlu keluarkan tidak lebih daripada RM30,000 sebagai wang pendahuluan atau 10% dari harga semasa hartanah. Yuran guaman yang kita perlu keluarkan adalah RM3,000 dan duti setem memorandum pemindahan adalah RM5,000.
Manakala surat perjanjian yuran guaman adalah RM2,700 dan duti setem surat perjanjian adalah RM1,350 menjadikan kos keseluruhan yang kita perlu keluarkan adalah RM42,050.
Hartanah RM400,000
Kita perlu sediakan 10% wang pendahuluan dari harga semasa hartanah yakni RM40,000. Selain itu, kos-kos lain seperti yuran guaman sebanyak RM4,000 dan duti setem memorandum pemindahan sebanyak RM7,000.
Untuk surat perjanjian yuran guaman pula adalah sebanyak RM3,600 dan akhir sekali RM1,800 untuk duti setem surat perjanjian. Ini menjadikan kos keseluruhan yang perlu dikeluarkan untuk hartanah RM400,000 adalah sekitar RM56,400.
Hartanah RM500,000
Jangan terkejut jika kita mendapati kos wang pendahuluan untuk hartanah pada harga RM500,000 adalah RM50,000. Kita juga perlu menyediakan RM5,000 sebagai yuran guaman dan duti setem memorandum pemindahan sebanyak RM9,000.
Oh ya, untuk surat perjanjian yuran guaman pula adalah sekitar RM4,500 dan duti setem surat perjanjian adalah RM2,250. Kos keseluruhan yang anda perlu keluarkan adalah sebanyak RM70,750.
Hartanah RM600,000
Kos wang pendahuluan adalah RM60,000, manakala yuran guaman adalah sekitar RM5,800 dan duti setem memorandum pemindahan adalah sebanyak RM12,000.
Untuk kos seterusnya iaitu surat perjanjian yuran guaman dan duti setem surat perjanjian pula masing-masing adalah sebanyak RM5,320 dan RM2,700 menjadikan kos keseluruhan adalah RM85,820.
Hartanah RM700,000
Wang pendahuluan yang perlu disediakan adalah RM70,000 diikuti RM6,600 untuk yuran guaman dan RM15,000 untuk duti setem memorandum pemindahan.
Manakala surat perjanjian yuran guaman pula adalah RM6,760 dan duti setem surat perjanjian adalah RM3,150. Kos keseluruhan adalah sekitar RM100,790.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan