CP500 adalah bayaran ansuran cukai pendapatan untuk individu berpendapatan perniagaan. Bayaran kepada LHDN ni seperti pra-bayar. Bayar dulu ansuran kemudian hantar e-filing (pengiraan cukai sebenar). Ansuran ini hendaklah dibayar setiap dua bulan sekali iaitu enam kali ansuran mulai dari bulan Mac setiap tahun hingga Januari tahun berikutnya.
Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun menggunakan notis ansuran CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500 tersebut. Bagi individu yang tidak menerima notis ini pada penghujung bulan Februari, boleh membuat semakan pengeluaran CP500 di cawangan LHDN yang mengendalikan fail pembayar cukai tersebut.
Pembayar cukai yang menerima notis ansuran CP500 dan tidak bersetuju dengan amaun yang ditetapkan, mereka boleh memohon pindaan arahan bayaran kebiasaannya dilampirkan bersama notis CP500 yang telah dihantar kepada pembayar cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkaitan. Penulis mencadangkan pembayar cukai tidak membuat pindaan ansuran ini (bayar seperti yang telah termaktub dalam surat yang diterima).
Sekiranya jumlah ansuran dibayar melebihi jumlah cukai kena dibayar (seperti yang diisytihar pada e-filing), maka bayaran balik akan dibayar secara automatik. Sekiranya jumlah cukai kena dibayar melebihi jumlah ansuran dibayar, maka tambahan bayaran cukai perlu dibayar segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan