Apa itu bilangan penggajian? Maksud bilangan penggajian ialah berapa bilangan syarikat yang kita dapat gaji dalam tahun ini.
Contohnya dari Januari hingga April kita kerja kat Yakub Sdn Bhd, kemudian kita berhenti kerja dan mulai Mei hingga Disember kita kerja kat Ilyas Sdn Bhd, jadi bilangan penggajian kita adalah 2.
Contoh lain, Puan Zainab menerima yuran pengarah daripada Tongkol Sdn. Bhd. dan Tongsan Sdn. Bhd. jadi, bilangan penggajian ialah 2.
Dalam situasi lain, jika kita bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan Syarikat A, dan dari pukul 6 petang hingga 10 malam dengan Syarikat B, maka bilangan penggajian kita ialah 2.
Jika kita bertukar kerja di dalam kumpalan syarikat yang sama, bilangan penggajian dikira masih 1. Contoh: Encik Mustafa bekerja dengan XYZ Holdings Bhd. Beliau telah dipinjamkan ke XYZ Technology Sdn. Bhd. (dalam kumpulan syarikat yang sama) dari 1 Jun 2024, hingga 30 September 2024. Maka Bilangan Penggajian ialah 1.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan