Masih ramai yang belum faham fungsi kita merancang harta. Kebanyakan daripada kita masih bersangka bahawa tiada keperluan merancang harta kerana harta yang ada pun tak banyak.
“Takpa la, nanti aku mati, pandai-pandailah waris ikut faraid agihkan pusaka.”
Kefahaman ini menjadi punca semakin banyak harta terus terbeku dan tidak boleh dimanfaatkan. Ini kerana tiada kesedaran dan kefahaman, penyebab aset RM70 bilion beku dan tidak dituntut.
Soalan
Harta saya tak banyak. Ada sebiji rumah ini saja. Dalam Tabung Haji dan akaun bank, ada la sikit duit.
Jadi adakah saya perlu buat perancangan pewarisan harta; seperti wasiat dan hibah?
Rumah dan duit saya ni kalau saya meninggal dunia nanti memang akan dapat ke isteri dan anak-anak, kan?
Jawapan
Ada dua perkara yang perlu difahami dan diperhatikan.
Ini kerana selepas kita meninggal dunia, semua harta yang kita miliki semasa hidup akan terbeku dahulu sebelum proses pencairan berlaku.
Proses pencairan aset bermula dengan permohonan tuntutan pusaka oleh salah seorang daripada waris si mati di salah satu dari tiga tempat yang telah dinyatakan.
Masalah timbul apabila waris-waris si mati tidak bersepakat dalam melantik wakil yang akan membuat tuntutan.
Ada dua punca kenapa waris tidak sepakat dalam hal ini;
Harta si mati terlalu banyak, sehingga semua waris berebut-rebut ingin menjadi wakil untuk membuat tuntutan seterusnya menjadi pentadbir harta si mati dengan harapan, dia mendapat bahagian lebih daripada waris lain.
Harta si mati sedikit atau tiada pusaka yang berbentuk wang tunai yang ditinggalkan, menyebabkan tiada waris yang ingin membuat tuntutan kerana tidak mahu mengeluarkan duit sendiri untuk urusan tuntutan.
Oleh yang demikian penting untuk memastikan kita yang masih hidup ini melantik pentadbir bagi menguruskan harta pusaka kita nanti.
Jika tidak proses tuntutan akan lebih rumit.
Dan seperti mana yang telah dinyatakan, terdapat kos-kos pentadbiran pusaka yang perlu di ambil kira.
Kebanyakkan kes, waris terbeban dengan kos tersebut sehingga gagal membuat proses pentadbiran.
Itu yang menyebabkan betapa banyak kes urus pusaka yang terbengkalai bertahun-tahun.
Oleh itu penting juga kita memastikan kita ada menyediakan tunai pantas untuk memudahkan waris mentadbir harta pusaka kita nanti.
Lebih membimbangkan jika struktur waris faraid kita rumit seperti tidak mempunyai anak dan bapa.
Mereka ada hak dan boleh menuntut bahagian mereka. (Walaupun hakikatnya mereka perlu bertanggungjawab juga ke atas keluarga si mati).
Sebab itu, jika anda ada niat tertentu, nak berikan harta kepada waris atau sesiapa sahaja, pastikan dokumen perwarisan yang anda sediakan itu lengkap dan mengikut spesifikasi perundangan.
Kesimpulannya, banyak atau sikit harta kita, setiap orang perlu membuat perancangan pewarisan harta kerana, ada dua isu perlu di selesaikan iaitu isu pentadbiran dan isu pembahagian.

- Isu Pentadbiran

- Isu Pembahagian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan